Pages

Tuesday, April 12, 2011

PENYOKONG PKR SERANG DAN PUKUL EZAM DI SARAWAK!!!!



Itulah yang berlaku di Kpg Boyan / Gersik semalam. Ceramah PKR bermula sekitar jam 8 malam. Dan ketika kira-kira dua ratus penyokongnya seronok bertepuk tangan dan bersorak sewaktu Azmin Ali berucap dengan penuh semangat,  tiba-tiba Senator Ezam Mohd Nor hadir di pentas BN yang hanya kira-kira 30 meter dari  situ.

Bila mendengar suara Azmin, Ezam naik geram dan tanpa berlengah terus mencapai microphone dan 'menelanjangkan'  Anwar, Azmin dan PKR sehabis-habisnya. Ketika itu kem BN pula bergema dengan tepuk sorak para penyokongnya. Dalam masa yang sama kumpulan orang ramai yang berdiri di seberang jalan mula beralih dari ceramah Azmin ke ceramah Ezam yang semakin 'hot'. 

Kata Ezam "Jangan dengar kata-kata si pembohong dan pengecut itu. Sewaktu kami berjuang untuk Anwar dan PKR, nama Azmin tidak pernah wujud. Ketika kami masing-masing ditangkap polis, dia pula berdiam diri dan bersembunyi.

"Sebab itu kalau kita lihat  senarai  nombor keahlian parti Keadilan dari 001 hingga 0020 ketika itu kita tidak akan jumpa nama Azmin yang dibenci oleh Wan Azizah yang 'tahu' peranan Shamsidar (isteri Azmin) .

"Siapa yang jaga Wan Azizah dan anak-anak ketika Anwar dalam penjara? Bukan azmin tapi saya sekeluarga termasuk ibu saya yang Azizah panggil 'bonda'," jerit Ezam untuk membuktikan bahawa beliau lebih kredible untuk bercakap tentang Anwar.



No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.