SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.
Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya “tidak bermain dengan undang-undang”, sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.
“Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS,” kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.
Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.
Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.
Kita tunggu respon nik aziz bertegas tau tunduk pada DAP sepertimana nik aziz berkeras tak mahu bkerjasama dengan UMNO untuk wujud kerajaan perpaduan,sekiranya nik aziz tunduk pada DAP tiada makna PAS berjuang untuk islam cuma islam mainan mulut pemimpin pas jer
ReplyDeleteKu yakin dan percaya Pok Nik mesti tak berani...
ReplyDeletekompem x brani. paling tidak dia akan arahkan orgnya utk bincang balik dgn dap. dia hanya menyorok, jaga air muka. kalau dulu pasal kerajaan perpaduan, dia mati2 tolak, ini kerana nk mendaulahkan Islam, x brani bermati-matian ke? aku sebagai penganut Islam mencabar tok guru, pilih Islam @ karpal?
ReplyDelete