Pages

Friday, March 18, 2011

POK NIK JUAL LOTERI UNTUK TABUNG BAIK PULIH TANDAS????


Pok Nik...Pok Nik...
cuba cakap betul-betul...
cuba cakap satu-satu...

jangan asyik nak merapu tak menentu...
jangan asyik dengar cakap menantu...
nanti semua jadi haru biru...

DAP cakap semua setuju...
Kononnya engkau semua sebulu...
tapi hakikatnya Pok Nik tunggangan komunis tu...

kejap boleh kejap tak boleh...
muka semua berlagak macam orang soleh...
perangai teruk lebih dari mat saleh..

Ini benda jangan pandai-pandai...
nanti Iman dan Islam tergadai...
habis semua mati tersadai....

Judi, arak, pelacur semua haram...
tapi di Kelantan Pok Nik semua hantam...
sebab menurut telunjuk syaitan berhati hitam!!!

JPX


Kerajaan Pas Kelantan kaji semula pengharaman loteri


KOTA BHARU 17 Mac – Setelah menegaskan judi itu haram, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri ”big sweep”.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas berkata, pendirian Kerajaan Pas Kelantan ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri ”big sweep” yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Lok Siew Fook; Anggota Jawatankuasa DAP Pusat, Liew Chin Tong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali; dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut di pejabatnya pagi ini.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Dua parti politik, DAP dan MCA, bagaimanapun membantah tindakan berkenaan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam. – Bernama

3 comments:

  1. Syok betul aku tengok perenggan terakhir tu. 'Dua parti politik, DAP dan MCA, bagaimanapun membantah tindakan berkenaan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam'.

    Kenapa agaknye ya...

    ReplyDelete
  2. OKlah tu. Duit hasil judi untuk membaiki jalanraya, tandas dan menjaga keselamatan orang orang yang berjudi.

    Pok nik tak makan duit tu.....

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.