Pages

Saturday, March 19, 2011

PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK APRIL INI???


1. Dari sumber yang boleh dipercayai, Ketua Menteri Sarawak akan membuat satu pengumuman penting melibatkan Pilihanraya Negeri Sarawak pada hari ini.

2. Beliau dijangka akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Sawarak bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

3. Ada juga pihak menjangkakan Taib juga akan membuat pengumuman penting bahawa beliau tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

4. Sumber dalam memberitahu bahawa Dewan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan.

5. Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu.

6. Bulan April telah disebut-sebut untuk Piliharaya Negeri Sarawak dijalankan. Jika ini berlaku, Pilihanraya Umum serentak tidak akan berlaku.

7. Dengan track record yang cemerlang dan keadaan PR yang kucar kacir, dilihat tiada masalah besar untuk BN terus mendapat mandat dari pengundi negeri Sarawak.

JPX

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.