KANOWIT 25 Mac - Parti pembangkang yang mengambil jalan untuk menggunakan `calon payung terjun’ di kawasan pilihan raya luar bandar tidak serius tentang kemenangan atau berkhidmat kepada rakyat, kata Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak, Datuk Gramong Juna.
Masyarakat perlu menolak `calon payung terjun’ ini memandangkan mereka bukan sahaja kurang rekod pencapaian dalam memberi khidmat kepada rakyat, tetapi juga merupakan orang asing yang jahil terhadap keperluan penduduk setempat, katanya.
Gramong berkata demikian sebelum menyampaikan dividen berjumlah RM3.37 juta kepada pemilik tanah yang mengambil bahagian dalam Ladang Kelapa Sawit Kanowit (KOPP). - Bernama
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.