Pages

Wednesday, March 09, 2011

GEMPAR: ANWAR IBRAHIM KAKI RABA DADA JEJAKA!!!!


KUALA LUMPUR 9 Mac - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu seorang doktor patologi forensik bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia menolak untuk melakukannya.

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2008 selama 30 minit itu, bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang berkenaan juga mendakwa dadanya telah diramas.

Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang kini bertugas di Hospital Sungai Buloh, Dr. Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya semasa beliau mengambil latar belakang kejadian daripada Mohd. Saiful Bukhari.

Selain Razuin, pihak pendakwaan turut mendengar keterangan daripada Ketua Rekod Bahagian Pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan, Ahmad Jumadi Awang dan Ketua Staf kepada Anwar, Ibrahim Yakob.

Perbicaraan bersambung esok dengan keterangan daripada pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.