1. TERDESAK DAN BUNTU. Itulah yang boleh dikatakan kepada jentera perang siber Pakatan Rakyat.
2. Oleh kerana sudah tiada apa "peluru" untuk memburuk calon BN untuk PRK Merlimau, pencacai Pok Nik Kluk Klek, Sang Peliwat dan Komunis DAP ini mula melaksanakan kerja yang memang menjadi rutin hidup mereka iaitu, menabur fitnah.
3. Mangsa terbaru firnah PR ada Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Puan Hajah Zaleha Bujang. Pada yang tidak kenal, wanita yang dibulatkan di gambar adalah beliau.
4. Melalui satu laman blog fitnah PAS, telah dilaporkan bahawa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin telah memboikot pilihanraya kecil Merlimau kerana terkilan tidak terpilih sebagai calon. Mereka juga melaporkan bahawa Bilik Gerakan Wanita telah ditutup.
5. Laman blog penfitnah ini sengaja mengapi-apikan dan cuba menyebarkan perkara yang tidak pernah berlaku.
6. Gambar di atas cukup untuk membuktikan bahawa Wanita UMNO Jasin menyokong penuh calon Barisan Nasional untuk PRK Merlimau, Roslan Ahmad.
7. Jadi tidak timbul isu boikot dan kehadiran beliau pada hari penamaan calon siang tadi adalah bukti kukuh bahawa segala laporan blog penfitnah itu adalah bohong semata-mata.
8. Warga Merlimau sudah tentu tidak akan terpedaya dengan fitnah dan pembohongan ini.
JPX
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.