Pages

Thursday, February 24, 2011

PERANG SARAF MAKAN DIRI: ORANG MERLIMAU SUDAH TAHU

YDP PERKASA Negeri Melaka dan laporan yang telah dibuat

RISALAH YANG DI EDARKAN KEPADA PENDUDUK CINA SEKITAR MERLIMAU

1. Pakatan Rakyat yang semakin terdesak untuk meraih simpati dan sokongan rakyat. Puak ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan hajat politik mesti tercapai.

2. Pagi tadi JPX ada buat satu entri berkaitan risalah palsu yang kononnya telah diterbitkan dan diedarkan oleh PERKASA Negeri Melaka. Klik sini.

3. YDP PERKASA Negeri Melaka dan Pengerusi PERKASA Kawasan  Jasin telah membuat satu laporan polis berkaitan fitnah ini. Polis juga telah berjanji akan  menjalankan siastan yang terperinci bagi memastikan penfitnah ini tidak akan terlepas dari hukuman.

4. Tapi ada hikmah fitnah ini berlaku. Ini adalah isyarat jelas bahawa Pakatan Rakyat sedar bahawa mereka sudah tiada apa lagi "peluru" untuk bertarung di Merlimau.

5. Dengan memainkan isu perkauman mereka yakin bahawa mereka akan mendapat sokongan dari pengundi Cina jika mereka berjaya menjadi hero dalam drama ini.

6. Ternyata skrip drama ini terlalu  cliché dan sudah boleh diramal kesudahannya. Rakyat sudah tahu menilai yang mana satu elok dan yang mana satu busuk.

7. PERKASA bukanlah satu pertubuhan menyokong mana-mana parti politik. PERKASA hanyalah memperjuangkan hak orang Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia. PERKASA menghormati hak-hak bangsa lain di Malaysia ini.

8. Tak sangka askar kaki Pakatan Rakyat mempunyai minda dan perancangan sebegini....aduh!!!

JPX

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.