Pages

Thursday, January 13, 2011

PAS MAHU TARIK DIRI DI TENANG BILA KU LI MULA BERSUARA????

GUA MUSANG, 13 Jan (Bernama) -- Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) boleh mengekalkan kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil 20 Jan ini.

Veteran Umno itu berkata pilihan raya kecil tersebut boleh memihak kepada BN berdasarkan kawasan terbabit melibatkan peneroka Felda yang sudah tentu memberi sokongan padu di atas jasa kerajaan terhadap mereka.

Katanya pengundi lain termasuk pengundi Cina juga sekian lama telah memberi sokongan kepada BN dan ini adalah peluang cerah untuk BN kekal memang tanpa mengira siapa calon BN yang diletakkan bertanding di situ.

"Kita tidak nampak ada masalah di DUN Tenang. Sebab itu saya berani katakan BN boleh kekal menang kerana penduduk dapat merasai kesenangan hidup hasil perjuangan kerajaan BN," katanya.

Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis lepas.

Tengku Razaleigh berkata kerajaan BN banyak berjasa kepada rakyat di seluruh negara menyebabkan rakyat tidak mudah lupa untuk membalas jasa itu terutama semasa menghadapi pilihan raya kecil berkenaan nanti.

-- BERNAMA

3 comments:

  1. baik PAS pertimbangkan ajer...membazir duit ahli jer duk kutipmsetiap kali ceramah bukak karung guni minta sedekah,simpan duit tu utk kebaikan..bg BN menang mudah jer lah...Aku pasti PAS kalah punya

    ReplyDelete
  2. Tapi puak PAS ni bila dah kalah pun menyalak macam kena sampuk...

    Sebelum lawan menyalak tipu sana sini, dah kalah kata orang pulak yang main tipu...

    ReplyDelete
  3. Sebab apa mereka menyalak kerana dah terkena sambut PKR dan DAP ...he

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.