Pages

Monday, January 17, 2011

PAS DIJAMIN KALAH PRK TENANG: LIM KIT SIANG


LABIS, 17 Jan (Bernama) -- Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata tidak mudah bagi parti pakatan - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang pada 30 Jan nanti.


Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

"Namun, jika kita dapat mengurangkan lagi majoriti Umno dan Barisan Nasional, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk kita," katanya dalam ceramah sempena pengumuman calon PAS bagi pilihan raya kecil itu, di sini Ahad malam.

Kejayaan di Tenang, katanya akan menjadi penentu ukur sokongan kepada parti pakatan dalam usahanya untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada majlis itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, yang merupakan bekas guru sebagai calon pilihan raya kecil Tenang.

Pada pilihan raya umum ke-11, PAS menerusi calonnya Mohd Saim Siran memperoleh 2,138 undi dan jumlah undi kepada parti itu meningkat kepada 3,875 undi pada pilihan raya umum ke-12.

Tenang mempunyai komposisi pengundi 50 peratus Melayu, 38 peratus Cina dan 12 peratus India.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, dari BN pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

-- BERNAMA


Sent from my iPad

1 comment:

  1. Kenyataan Lim Kit Siang tu adalah propaganda simpati.
    Jatuhnya PP ketangan DAP adalah kenyataan yang sama nadanya.

    MERAIH SIMPATI TU.....

    Bijak Bijak ! PEMBELIT........

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.