Pages

Sunday, January 23, 2011

PANGGILAN UNTUK SEMUA PENGGUNA iPAD!!!

LABIS, 23 Jan (Bernama) -- Gajet moden seringkali menjadi peralatan yang penting dalam melaksanakan tugas seharian namun bagi MCA, komputer tablet terbaru iPad, yang dimajukan dan dipasarkan oleh Apple, menjadi peralatan terkini yang digunakan untuk membantu petugas parti semasa berkempen.

MCA menghantar empat pasukan iPad dari ibu pejabat parti itu untuk membantu petugas kempen di lapangan melaksanakan tanggungjawab, misalnya membolehkan pengundi menyemak pusat pengundian mereka, ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang merupakan julung kali MCA menguji penggunaan gajet berkenaan yang pada dasarnya, masih di peringkat percubaan, membabitkan beberapa modul yang diwujudkan dalam perisian untuk membantu petugas kempen.

"Namun kami percaya penggunaannya akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka," katanya.

Selain itu, katanya tugas pasukan berkenaan termasuk mengumpul data berdasarkan modul tertentu yang dibangunkan oleh jabatan teknologi MCA selain merekod dan mengumpul maklum balas serta aduan.

"Ia sangat bagus dan pantas kerana boleh memberitahu pengundi dengan cepat tempat pengundian mereka. Satu-satunya kelemahan ialah kadang kala ia bergantung kepada rangkaian hubungan 3G. Di Labis ini, hubungan tidak berapa bagus tapi kami masih boleh menggunakannya untuk membantu pengundi," kata Wee.

Pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Jan ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha daripada Barisan Nasional (BN) pada 17 Dis.

Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azahar Ibrahim yang mewakili BN dan calon PAS Normala Sudirman.

-- BERNAMA

Sent from my iPad

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.