Pages

Friday, January 28, 2011

MAT SABUN SUDAH ADA PISTOL????

1. Setalah tidak mampu untuk berhujah dan menepis tuduhan tentang penyelewengan Tabung Memali, PAS akhirnya menggunakan undang-undang rimba untuk membela diri.

2. Pendedahan kejahatan Mat Sabun yang didedahkan dalam buku tulisan  Zainon Ismail telah menaikana kemarahan puak PAS. Penulisnya telah diugut dan dikasari oleh mereka yang tidak mampu lagi untuk menerima kebenaran.

3. Puak PAS kini sudah melampau. Undang- undang dibelakangkan hanya untuk menolak kebenaran. Mereka tidak kira siapa asalkan kejahatan mereka dapat diteruskan. Sesiapa yang menjadi penghalang akan menjadi mangsa kekejaman mereka.

4. Kini PAS sudah tiada bezanya dengan Rejim Zionis!!!

BALING: Seorang penulis buku membuat laporan polis hari ini atas dakwaan diugut dan dikasari oleh pihak Lujnah Keselamatan PAS Kedah berikutan bukunya itu dikatakan mendedahkan penyelewengan mengenai pungutan derma kepada Tabung Memali. 

Zainon Ismail, 54, yang menulis buku "Mat Sabu Air Mata di Bumi Memali" membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Beliau turut diiringi lebih 50 orang yang dikatakan bekas mangsa dan 
anggota keluarga mangsa Peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 di Mukim Siong 
di sini. 

Zainon membuat laporan bahawa Lujnah Keselamatan PAS Kedah mengizinkan 
anggotanya mengambil tindakan kekerasan terhadap dirinya berikutan terbitnya 
buku terbabit. 
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau mencabar PAS Kedah supaya 
mendedahkan jumlah sebenar kutipan yang diterima daripada orang ramai terhadap 
tabung berkenaan yang ditubuhkan sejak kejadian Memali berlaku. 

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Mat Daud Md Hasan mengesahkan polis menerima 
laporan daripada penulis berkenaan. - BERNAMA 


Sent from my iPad

1 comment:

  1. Puak PAS telah mengsonglap duit dari Tabung Memali!

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.