Pages

Friday, January 28, 2011

KARPAL PURA-PURA JATUH SAKIT SEKALI LAGI???


KUALA LUMPUR 28 Jan. – Seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO hari ini turut mendesak agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dipanggil menjadi saksi dalam kes liwat melibatkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Karpal Singh sendiri, yang banyak mengetahui tentang Anwar dalam kes berkenaan, ketika ini tidak banyak bersuara “sebab apa yang berlaku pada Anwar kelak akan memberi kesan kepada DAP”.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berpendapat, Karpal Singh sepatutnya disapina oleh Peguam Negara menjadi saksi pendakwa dalam kes liwat Anwar sekiranya beliau masih cuba menangguh-nangguhkan kes itu.

"Pada saya dia bukan lagi peguam bela tetapi peguam tunda. Apa yang istimewa pada Anwar sehingga banyak kali ditunda kes itu sedangkan ia membabitkan duit rakyat, kita tak mahu bazirkan duit rakyat,” katanya di sini hari ini.

Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen DAP Bukit Gelugor di Pulau Pinang, membawa isu aktiviti seks songsang ke Dewan Rakyat pada 22 Oktober 1997 dan mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti (Anwar terlibat dalam kes itu).

Kemudian pada awal 1998 ketika sesi ceramah DAP di Hotel Federal, Karpal Singh sekali lagi mendakwa mempunyai bukti mengenai aktiviti homoseksual Anwar. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.