Pages

Friday, December 31, 2010

NIK AZIZ BAKAL ADAKAN SENAMROBIK DI SEMUA MASJID DI KELANTAN???


1. Akhirnya Nik Aziz menghalalkan perbuatan ADUN Serdang yang berpakaian ketat dan menjolok mata buat senamrobik di dalam kawasan masjid.

2. Ini tidaklah menghairankan kerena sebelum ini Pok Nik juga telah mengampun dosa penzina dan porn star. Bagi Pok Nik ini hanyal isu kecil dan tidak memudaratkan agama Islam.

3. Pok Nik juga sering menghalalkan apa yang haram dan sebaliknya. Jika sebelum ini haram untuk mengadakan konsert di Kelantan, hari ini artis Indon pun dah boleh buat konsertnya di Kelantan.

4. Kita tunggu jer apa lagi yang bakal dihalalkan oleh Pok Nik Kluk Klek ini!!!


Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.

"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.

Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.

"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid," katanya.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan "ceramah" di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.

- Bernama


No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.