SANG Garuda sudah pasti akan kembali dengan niat mahu menyambar Harimau Muda di laman sendiri buat mencari penawar duka kekalahan perit di Kuala Lumpur tempoh hari.
Tetapi berpandu kepada bekalan selesa miliki skuad bola sepak negara, skrip dimimpikan Indonesia itu mungkin terbatas, malam ini ketika barisan didik K Rajagobal akan berarak turun ke Stadium Gelora Bung Karno dengan hanya satu misi – pertahankan pendahuluan 3-0 dan pulang membawa mahkota kejuaraan Piala Suzuki AFF buat julung kali ke bumi sendiri.
Hakikat yang terpancar ketika ini adalah bola kini di kaki pemain skuad negara diketuai Safiq Rahim menentukan haluan mereka kerana berada pada posisi terbaik menghadiahkan rakyat Malaysia trofi kejuaraan kedua selepas gah meraih pingat emas Sukan Sea 2009 di Laos.
Raja jelas hanya terbayang kemenangan, malam ini dan pemainnya yang terpancar wajah penuh yakin amat selesa dengan arahan jurulatih mereka yang memiliki ‘sesuatu yang istimewa’ mengapikan semangat perjuangan untuk muncul juara.
“Kami boleh datang ke sini untuk seri atau kalah dengan jaringan tidak melebihi dua gol. Tapi itu bukan hajat kami ke Jakarta. Esok (malam ini) sasaran kami adalah untuk menang dan akan bermain secara menyerang untuk mencari lagi tambahan jaringan.
“Mungkin Indonesia akan meramal kami akan bertahan tetapi ingat...kami juga ada penyerang baik dalam kejohanan kali ini yang mampu mencipta serangan berkesan jika ada sebarang peluang terbuka,” katanya padang sidang akhbar selepas mesyuarat pengurus di Hotel Sultan, Senayan semalam.
Sementara itu, jurulatih Indonesia, Alfred Riedl pula seperti bermain psikologi dengan pasukan Malaysia apabila menyifatkan peluang anak buahnya tipis untuk mengilhamkan kemenangan tapi akan menguatkan mental pemain untuk melakukan sesuatu demi keghairahan penyokong tempatan nanti. - BERITA HARIAN
Woit. Ingat sikit dulu Indon menang 5-0 pun dia pancarkan laser jugak di muka penjaga gol Malaysia.
ReplyDeleteWhat goes around comes around.