Pages

Friday, July 22, 2016

FAKTA YANG HARUS DI FAHAMI MENGENAI SIASATAN DOJ TERHADAP 1MDB


Secara tiba-tiba, hampir kesemua para penyokong pembangkang dan para pentaksub Tun Dr Mahathir seolah-olah mendapat perkhabaran paling menggembirakan. Semua ini kerana, Jabatan Peguam Negara Amerika didakwa bakal mengambil tindakan keatas 1MDB termasuk Datuk Seri Mohd Najib, atas tuduhan salah guna wang awam.

Reaksi mereka di laman-laman sosial samada di Facebook mahupun di Twitter menampakkan seolah-olah mereka sujud syukur berkiblatkan Amerika Syarikat dan secara tiba-kecaman mereka terhadap negara berkenaan berhubung isu Trans Pacific Partneship Agreement (TPPA) lenyap, hanya kerana apa yang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara ini.


Sebenarnya, mereka terlepas pandang atau sengaja membutakan mata mereka berhubung apa yang sedang dilakukan oleh Jabatan Peguam Negara Amerika ini. Bagi mereka, asalkan Amerika sudi menyiasat 1MDB itu sudah memadai untuk mereka mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dalam isu ini. Ianya seolah-olah memberi “lesen dan nyawa” besar untuk mereka menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri.

Mari kita renungkan sejenak, beberapa fakta kes yang sengaja atau memang tidak dihebahkan secara teliti oleh para pentaksub serta media seperti MalaysiaKini dan lain-lain lagi.


1469039567277-746258

• Kes ini bukanlah satu kes jenayah seperti diperkatakan. Ianya merupakan satu kes aduan awam di Mahkamah Amerika Syarikat. Oleh itu, keputusan muktamad dalam kes ini merupakan rampasan aset daripada beberapa individu terbabit dimana semua aset-aset ini akan dipulangkan ke Malaysia.

• 1MDB telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bukanlah pihak yang didakwa dalam aduan tersebut. Malah menerusi kenyataan yang sama, 1MDB mengesahkan, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat dan tidak pernah menerima sebarang keuntungan daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam kes tersebut.

• Menerusi kenyataan yang sama juga, 1MDB tidak pernah dihubungi oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat atau mana-mana agensi luar yang lain berhubung penyiasatan yang dilakukan oleh mereka.

• Kebiasaan dalam menyiasat sesuatu kes, tertuduh akan dipanggil untuk memberikan kenyataannya kepada pihak berkuasa. Dalam hal ini, 1MDB mengesahkan, langsung tidak dipanggil oleh mana-mana agensi yang menyiasat kes ini dan sabitan keatas 1MDB jelas satu penipuan yang nyata.

• Tidak ada sebarang cadangan bagi mendakwa mana-mana individu yang terlibat dan paling utana, nama Datuk Seri Mohd Najib tidak dinyatakan di mana-mana laporan hasil siasatan. Malah, Jabatan Peguam Negara Amerika sendiri tidak menamakan beliau dalam aduan mereka memandangkan kes ini tidak ada kena mengena dengan beliau.

Kes pada masa ini adalah bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah AS bagi merampas aset-aset daripada individu terbabit yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dan kebetulan, dia pernah atau terbabit dengan 1MDB.

• Mengenai identiti “Malaysian Official 1”, Lynch sendiri menyatakan bahawa beliau tidak boleh menamakan individu tersebut atas alasan, ianya mungkin akan mengganggu siasatan yang mereka lakukan. Lynch juga memberi alasan, menjadi amalan mereka untuk tidak mendedahkan sebarang nama semasa atau usai siasatan dilakukan.

Melihat daripada reaksi yang ditunjukkan oleh Lynch ini, jelas menunjukkan bahawa Jabatan Peguam Negara Amerika sendiri tidak 100 peratus pasti dengan fakta yang ada pada mereka. Jika ianya membabitkan individu yang terkenal atau berkuasa, menjadi amalan Jabatan Peguam Amerika untuk menyebut sahaja nama tertuduh seperti apa yang mereka lakukan terhadap Allahyarham Saddam Hussein sewaktu dakwan mereka kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran.


• Perlu ditegaskan di sini bahawa dana yang disalurkan ke dalam akaun Datuk Seri Mohd Najib yang dipegang secara amanah untuk parti dan ianya merupakan sumbangan derma daripada Kerabat DiRaja Saudi. Ini telah disahkan dalam surat yang didedahkan oleh Wall Street Journal (WSJ) serta dihebahkan melalui banyak media.

Tidak ada sebarang tanda-tanda penipuan dan tidak pernah ada sebarang keraguan mengenai kesahihan sumber dana tersebut memandangkan Kerabat DiRaja Saudi memang terkenal dengan kekayaan mereka yang datang daripada pelbagai sumber, yang mana mereka selalu dermakan kepada negara-negara Muslim di seluruh dunia.

Malah, sudah beberapa kali wakil daripada kerajaan DiRaja Saudi memberikan kenyataan mereka secara terbuka bahawa wang berkenaan memang disumbangkan oleh keluarga Al Saud terhadap Perdana Menteri.

• WSJ juga telah mengesahkan bahawa dana daripada Kementerian Kewangan Saudi telah didepositkan ke dalam akaun tersebut dan kewujudan derma tersebut telah disahkan oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel-Al Jubeir.

Datuk Seri Mohd Najib telah mengakui menerima derma politik tersebut dengan niat yang baik dan tidak melanggar sebarang undang-undang dalam menerima wang tersebut. Beliau yang sudah menceburi bidang politik selama 40 tahun, sedia maklum bahawa derma politik adalah perkara normal dan tidak ada sebarang perkara yang mencurigakan dalam derma politik yang dibuat oleh Arab Saudi.


• Sebanyak 70 peratus daripada derma politik tersebut telahpun dipulangkan oleh beliau kepada keluar DiRaja Al Saud. Memandangkan bahawa dana yang berada dalam akaun amanah parti tersebut datang daripada pelbagai sumber, seperti derma daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, penderma biasa dan lain-lain, bagaimana seseorang dapat menentukan wang dari sumber manakah yang digunakan untuk aktiviti apa atau tujuan apa.

• Akan tetapi, WSJ telah mengakui bahawa sebahagian besar wang yang digunakan adalah untuk tujuan kebajikan (CSR) dan bagi membiayai pilihanraya. Jikalau beliau ingin mencuri wang tersebut, mengapa beliau memulangkan semula dana lebihan yang tidak digunakan?

Sememangnya akan ada pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan kepada beliau, keluarganya dan parti dalam beberapa hari akan datang. Sejak dari mula lagi, tiada siapa yang menentang beliau berminat untuk mendapatkan jawapan atau kebenaran, tetapi untuk menjatuhkan seorang PM dan kerajaan yang dilantik secara demokrasi.

Apa yang mereka tahu, bagaimana mencari jalan untuk mengaitkan beliau dengan tuduhan jenayah yang beliau sendiri tidak pernah lakukan. Semuanya ini berpegang kepada melakukan apa sahaja dengan pelbagai cara dengan perlakuan menghalalkan cara. Inilah yang sedang berlaku hari ini.--SUMBER

4 comments:

  1. Dlm byk2 macai jawapan Tengku Faisal & blog ini yg boleh dikira oklah jawapannya walaupun byk perkara boleh dijawab balik dgn mudah sbb semua jawapan di atas tidak lengkap serta x habis malah x mampu menaikkan kembali imej Najib yg semakin teruk pd pandangan mahkamah awam atau rakyat. Saya rasa elokle macai2 ni minta lebih byk lagi dedak pd Najib utk melawan kembali keputusan siasatan di US & di 6 negara lagi. Byk lagi serangan selepas ni. Minta ye. Jgn lupa. Sebelum jawapan balas diberikan tidak lama lagi, sila jawab satu soalan ini :

    1) Drpd mana anak tiri Najib, Riza Aziz dpt duit beratus2 juta dolar Amerika utk menerbit filem lucah Wolf Of Wall Street & membeli jet peribadi Bombardier? Kebetulan semua duit ini dia ada selepas penubuhan 1MDB.. Lain kali buatlah sebelum Najib jadi PM & sebelum penubuhan 1MDB. Nampak sgtlah..

    P/S : Peguam Negara sudah umumkan semua aset2 yg akan dibekukan & disita adalah dipercayai drpd 1MDB. Malah mereka mempunyai bukti (sama ada mereka reka bukti atau tidak, x penting) Yg penting bagaimana 1MDB melawan kembali bukti tersebut. Setakat menafikan shj sesiapa pun boleh buat..

    ReplyDelete
  2. Malaysia & Offical 1 begitu terkenal, popular & termasyur di serata dunia dgn tarikan bukan pulau, bangunan KLCC, ekonomi, dll tapi 'benda' yg bernama 1MDB yg begitu suci lagi murni dimata pemimpin2 negara dan yg sewaktu dgnnya...

    ReplyDelete
  3. Suka2 ke DOJ nak sita harta orang? sudah tentu ada bukti. Anak tiri kata hadiah, bapak tiri kata derma, pusing punya pusing duit 1mdb juga..yg dalang nya ialah sicina gempal, grand master mind..

    ReplyDelete
  4. kelakar ya wsj sahkan sumbangan dari pak arab..sejak bila percaya wsj???

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.