Pages

Wednesday, June 08, 2016

VIDEO DAP PROVOKASI BAGI PIHAK PAN






SABAK BERNAM 8 Jun - Parti Amanah Negara (PAN) mula menampakkan diri mereka yang sebenar dengan memainkan politik kotor dan kebencian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dengan menaikkan papan iklan memburukkan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beberapa papan iklan itu dikesan baru dinaikkan sekitar Sekinchan yang merupakan kubu kuat DAP dengan melemparkan pelbagai tuduhan agar rakyat membenci kerajaan Barisan Nasional (BN).



Tidak terkecuali, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos turut diheret dalam kancah politik kotor ini dengan papan iklan yang menunjukkan kebencian antara pelbagai bangsa yang ada di negara ini.



Papan iklan dengan mesej politik kotor itu turut meletakkan gambar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN bagi PRK Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.