Sepatutnya Mahathir sudah bersara dari politik. Sembang kononnya dia bercakap demi kepentingan negara, adalah sembang kosong kerana semua usaha yang dilakukannya hanya untuk kepentingan sekelompok manusia tertentu di negara ini. Mahathir bersuara kerana menjaga kepentingan mereka, bukan kerana kepentingan rakyat majoriti.
Untuk merealisasikan suaranya, Mahathir menggunakan saluran pembangkang. Sebab, sebagai orang yang berpengalaman, Mahathir juga tahu, pembangkang lebih diminati untuk acara bising-bising.
Kerana itulah, Mahathir dengan menggunakan gelaran Negarawannya, cuba berpaut kepada ketua-ketua dalam parti-parti pembangkang terutama sekali Lim Kit Siang.
Wan Azizah Cabar MahathirDeklarasinya dengan Kit Siang telah dijadikan penyebab untuk menjadikan dia sebagai Ketua Pembangkang secara tidak rasmi walaupun pada masa yang sama, berulang-ulang kali dia bagitahu dia bukannya orang parti, non-partisan dalam bahasa yang lebih moden.
Namun sebagai non-partisan, Mahathir dan perjuangannya tidak akan ke mana-mana. NGO-NGO yang ada di belakangnya juga walaupun kononnya tidak partisan, tetapi akhirnya tergolek juga di kaki pemerintah walaupun sukar untuk mereka mengakuinya.
Namun untuk menguasai pembangkang sekaligus menjadi Ketua Pembangkang, Mahathir perlu menyertai mana-mana parti pembangkang. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR mencabar Mahathir untuk menyertai mana-mana parti politik kalau benar berhajat untuk menjadi Ketua Pembangkang dan mengepalai serangan ke atas Najib Abdul Razak.
Sekali imbas, kita nampak Wan Azizah bimbang sekiranya Mahathir lebih popular darinya sebagai ketua pembangkang. Tetapi kalau diperhalusi, takkanlah seorang negarawan ulung seperti Mahathir hanya menjadi macai pembangkang tetapi tidak menyertia mana-mana parti pembangkang.
Mungkin benar Mahathir tidak mahukan kedudukan dan pangkat tetapi di dalam sebuah negara Melayu yang mengamalkan adab dan adat resam Melayu, sudah tentulah orang yang berkedudukan seperti Mahathir tidak akan dibiarkan berada di peringkat bawahan.
Mahathir telah keluar UMNO. Acah-acah untuk mengajaknya masuk UMNO balik, dibalasnya dengan memberikan syarat Najib perlu dijatuhkan. Sedangkan sudah terbukti, pengaruh Mahathir semakin menipis, segala kerja-kerjanya dahulu, mulai dipertikai dan didedahkan.
Jadi, cabaran Wan Azizah agar Tun Mahathir menyertai mana-mana parti politik, memang tepat pada masanya. Kalau benar Mahathir nak menumbangkan Najib, dia perlu bergabung dengan pembangkang dengan gabungan yang sebenar-benarnya. Bukannya sekadar main acah-acah seperti sekarang.
Soalnya sekarang, selepas Mahathir menolak untuk menubuhkan parti politik baru sepertimana dia menubuhkan UMNO Baru yang kini katanya dikuasai oleh Najib, beranikah Mahathir menyertai mana-mana parti pembangkang di Malaysia?
Atau Mahathir hanya berani dengan deklarasinya sahaja?--SUMBER
Parti Kroni Mamak Kerala......siapa nak join?
ReplyDeletesapelah yg tukis artikal ni..jgn buat lawak oii
ReplyDeletealangkah lawaknya mahathir kini menjadi pemimpin kpd org2 yg pernah dipenjarakannya dulu.. haha mereka ini mmg bebal sejak azali ada hati pula nak jadi pemimpin negara... mereka ini sekumpulan manusia yg dungu yg rendah martabat dirinya sanggup buat apa saja dan akhirnya mereka tetap dibodohkan... selamanya mrk ini hanya layak jd macai saja..
ReplyDelete