Pages

Tuesday, February 16, 2016

LIM GUAN ENG CINA KOMUNIS SANGGUP SEMBELIH KAWAN SENDIRI


AIDC – Selain bergelar bekas banduan, track rekod Lim Guan Eng dalam DAP amat buruk kerana sanggup membunuh karier politik rakan sendiri semata-mata untuk mencapai cita-citanya mencapai pemimpin paling berkuasa dalam parti itu.

Selain bergelar bekas banduan, kejayaan politik Guan Eng dalam DAP bukan disebab faktor merit, sebaliknya disebabkan faktor naungan (patronage) daripada bapanya sendiri, Lim Kit Siang.

Guan Eng diberi laluan bapanya membina tapak dalam politik DAP di Melaka ketika berusia 26 tahun iaitu bertanding sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka.

Kit Siang yang ketika itu berjawatan Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Tanjong, Pulau Pinang telah mencantas nama Chan Ah Kow @ Chan Teck Chan Ahli Parlimen Kota Melaka selama dua penggal (1978-1982 dan 1982 -1986) semata-mata untuk memberi laluan kepada anaknya bertanding di parlimen itu.
lim-2

Dengan naungan bapanya, Guan Eng mendaki hieraki politik dalam DAP dengan cepat. Dalam masa empat tahun berada dalam parti, ketika berusia 30 tahun, Guan Eng telah berjaya dipilih sebagai Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pada tahun 1990.

Guan Eng juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka selama 3 penggal, dari 1986 -1990, 1990-1995 dan 1995-1999.

Dalam masa sama, sekitar tahun 1990 – 1998, Guan Eng mendaki hieraki politik DAP dari jawatan, Ketua DAPSY, Timbalan Setiausaha Agung DAP pusat dan Naib Pengerusi DAP pusat.

Namun, Guan Eng gagal menghabiskan jawatan Ahli Parlimen Kota Melaka pada penggal ketiga, apabila pada Ogos 1998, dia dipenjarakan di Penjara Kajang kerana bersalah memfitnah Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Apabila mahkamah memutuskan Guan Eng bersalah memfitnah Rahim Thamby Chik dan dihukum penjara setahun enam bulan, dia telah kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka dan jawatan dalam parti kerana statusnya bergelar banduan.

Dengan keputusan itu, mahkamah telah membuktikan Guan Eng seorang ahli politik yang tidak jujur dan tidak benar terhadap kata-katanya.

Ekoran Guan Eng hilang status sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, ada gerakan yang diketuai Pengerusi DAP, Dr. Chen Man Hin mencadangkan isteri Guan Eng, Betty Chew sebagai calon parlimen pengganti kepada suaminya itu.

Namun cadangan itu ditolak oleh DAP Melaka yang diketuai oleh Sim Tong Him atas alasan nepotisme, sebagai penyelesaiannya, Kerk Kim Hock yang ketika itu berjawatan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP pusat dipilih sebagai calon Parlimen Kota Melaka dan Betty dipilih sebagai calon ADUN Durian Daun (kemudian dikenali DUN Kota Laksamana), Melaka.

Berstatus bekas banduan tetapi sikap bos
Selepas dibebaskan dari Penjara Kajang 25 Ogos 1999, Guan Eng mahu membina semula karier politiknya dalam DAP dengan melalui tapak di Melaka.
Sebagai bekas banduan yang kehilangan jawatan Ahli Parlimen dan jawatan parti, Guan Eng menghadapi laluan sukar mengilap kembali karier politik.
Apatah lagi, ketika itu bapanya, Kit Siang juga kehilangan jawatan Ahli Parlimen apabila ditewaskan di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang pada PRU 1999.
Ekoran penolakan masyarakat Cina terhadap kepimpinan Kit Siang, dia bermain silap mata dengan meletakkan jawatan Setiausaha Agung DAP tetapi dalam masa sama mengambil alih jawatan Pengerusi DAP.
Jawatan Setiausaha Agung yang dikosongkan Kit Siang telah diambil alih oleh tokoh baharu, Kerk Kim Hock yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.
Pada 1 September 2003, Kolumnis The Star, Jacoline Tan dalam artikel bertajuk “Malaysia’s DAP: A new hope?” mengambarkan Guan Eng seperti besar sudu dari kuah apabila mengadakan sidang media 3 kali hingga 4 kali seminggu walaupun dia cuma ahli biasa dalam DAP dan tidak memegang jawatan Ahli Parlimen ataupun ADUN.
“Bekas Ahli Parlimen DAP Lim Guan Eng mungkin terkeluar daripada politik arus perdana tetapi dia nampaknya menyimpan profil yang agak tinggi di Melaka, asas rumahnya sejak keyakinannya semakin pudar kerana (hukuman) menghasut empat tahun lalu.
“Walaupun kini dia hanya seorang ahli biasa DAP, namun dia dikenali sebagai pemegang tiga atau empat sidang akhbar seminggu. Persidangan akhbarnya adalah apa yang beberapa wartawan tempatan gelar sebagai ‘sidang media satu-campur-tiga’ – iaitu, dia akan memanggil media mengenai satu isu dan beromong kosong kepada tiga isu sampingan yang lain.
“Ramai pemberita mendapati begitu banyak persidangan akhbar dalam masa seminggu dari seorang ahli politik tunggal (tanpa jawatan dalam parti) sebagai agak berlebihan, tetapi mereka (wartawan) bersyukur kerana Lim junior tidak membacakan kenyataannya seperti stail (komunis) Soviet yang (pernah) dilakukan bapanya, Pengerusi DAP Lim Kit Siang,” tulis Jacoline
Jacoline menambah “Dia (Guan Eng) boleh menjadi sangat bossy (bersikap bos). Dia akan memanggil dan memarahi anda jika dia tidak suka laporan anda itu,” kata seorang wartawan.
Wartawan The Star itu turut mendedahkan kerana sikapnya yang besar sudu dari kuah itu menyebabkan dia berkrisis dengan Pengerusi DAP Melaka ketika itu, Sim Tong Hin.




boo
Dari kiri; Goh Leong San (bekas Pengerusi DAP Melaka), Dr Boo Cheng Hau (bekas Pengerusi DAP Johor), Kerk Kim Hock (bekas Setiausaha Agung DAP) dan Sim Tong Him (bekas Pengerusi DAP Melaka)

Sembelih karier politik rakan sendiri
Sebagai bekas banduan, Guan Eng terikat dengan peraturan perlembagaan bahawa dia tidak boleh bertanding sebagai Ahli Parlimen atau ADUN dalam jangka masa lima tahun, bermakna walaupun cuba melobi mempopularkan dirinya di peringkat media, namun dia gagal bertanding pada PRU 2004.
Tetapi, bapanya kembali menjadi Ahli Parlimen apabila berjaya memenangi Parlimen Ipoh Timur, Perak pada PRU itu.
Kemenangan Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak dibaca sebagai kembalinya era cengkaman Kit Siang semula dalam parti, apatah lagi dia juga turut dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Walau bagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku di Parlimen Kota Melaka apabila kerusi yang dikuasai DAP sejak 35 tahun lalu tumpas mengejut apabila calon DAP, Kerk Kim Hock tewas dengan majoriti kecil, 219 undi.
“Kerk, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung parti pada Ahad, berkata semalam: “Ia adalah penyokong Guan Eng yang berkempen menentang saya,” lapor The Star pada 1 April 2004.
Beliau berkata mereka (penyokong Guan Eng)  telah menolak untuk memasang poster semasa pilihan raya.
Kerk berkata terdapat beberapa puak  di kalangan DAP yang telah menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa dia tidak berkhidmat kawasan itu.
Ahli-ahli parti dan penyokong Kerk yang sejajar dengan pengerusi negeri Melaka Sim Tong Him telah kecewa apabila Kerk tidak menamakan puak mana yang bertanggungjawab mensabotaj itu.
Sementara itu, puak yang diketuai oleh Guan Eng telah memenangkan isterinya, Betty Chew sebagai ADUN di DUN Kota Laksamana.
Kekalahan Kerk di Kota Melaka seperti sembelih rakan politik sendiri, dia meletak jawatan Setiausaha Agung DAP selepas lapan hari keputusan PRU 2004.
Peletakan jawatan Kerk membolehkan M.Kula Segaran dilantik sebagai pemangku Setiausaha Agung DAP pada 31 Mac 2004, yang dianggap sebagai wayang sebelum Guan Eng mengambil alih jawatan tersebut pada Mei 2004.
Sebenarnya percaturan meletakkan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP dilobi oleh bapanya sendiri, Kit Siang yang berjanji akan meletak jawatan Pengerusi DAP sekiranya anaknya dilantik ke jawatan tersebut.
Selepas anaknya disahkan memegang jawatan Setiausaha Agung DAP, sekali lagi Kit Siang bermain silap mata meletakkan jawatan Pengerusi DAP, tetapi memegang jawatan defactor parti iaitu Penasihat DAP.
“Sebagai orang Melaka, saya berasa amat terganggu dengan kesan terhadap Kerk bahawa anak Lim Kit Siang, iaitu Guan Eng adalah tangan yang hitam di belakang kejatuhannya – apabila Guan Eng memboikot kempen pilihan raya Kerk.
“Setahu saya Kerk telah berdiam diri dalam pergaduhan puak DAP Melaka antara Sim Tong Hing dan Lim Guan Eng. Dua tahun lalu apabila Goh Leong San, kini Timbalan Pengerusi DAP Melaka dan ADUN Bandar Hilir, digantung keahlian partinya untuk satu hari, Kerk tetap membisu,” dedah seorang bekas anggota DAP kepada Malaysiakini.
Menurutnya, sikap berdiam diri Kerk telah dibaca sebagai tidak menyokong keluarga Lim.
“Sebagai bekas anggota DAP yang mengenali kedua-dua Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, saya tidak terkejut dengan kegagalan Kerk untuk menyebelahi keluarga Lim dalam perbalahan DAP Melaka sebenarnya telah menimbulkan kemarahan mereka.
“Sememangnya, kekalahan kecil Kerk dalam pilihan raya umum baru-baru ini menjadi masa yang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung parti.
“M Kulasegaran dilantik sebagai pemangku Setiausaha Agung sebagai ‘kosmetik’ sementara menunggu waris sebenar, Guan Eng, untuk mengambil alih tampuk pentadbiran.
“Kit Siang telah mempersiapkan anaknya sejak beberapa tahun lalu untuk menjadi penggantinya dengan mengamalkan pilih kasih dan nepotisme,”katanya.
Menurutnya, pelantikan Betty Chew, isteri Guan Eng sebagai Ketua Pembangkang dalam DUN Melaka pada PRU 2004 merupakan contoh nepotisme kerana ia telah meminggirkan tokoh lain yang lebih layak, Goh Leong San ketika itu merupakan Timbalan Pengerusi DAP negeri dan ADUN Bandar Hilir.
Tambahnya lagi, kongres DAP kebangsaan sengaja dijadualkan pada September 2015 bersesuaian dengan Guan Eng bersedia untuk memegang jawatan dalam parti politik, selepas larangan tidak boleh aktif dalam politik selepas lima tahun dibebaskan dari penjara kerana kesalahan menghasut.
Katanya lagi keluarga Lim mempunyai senarai yang panjang untuk disingkirkan dari parti semata-mata untuk memberi laluan kepada Guan Eng berada di puncak kuasa.
“Sudah tentu, Teng Chang Khim dan Sim Tong Hing adalah dua orang yang berada di barisan atas dalam senarai untuk ‘pembersihan’ parti akan datang.
Menurutnya kepulangan semula Kit Siang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur pada PRU 2004 menunjukkan dia berjasa kepada masyarakat Cina, namun dalam masa sama keberadaan Kit Siang itu telah membunuh bakat baharu yang sepatutnya muncul yang bukan dari keluarga Lim bagi menggantikannya.
politik bapa-anak
politik bapa-anak1
politik bapa-anak2

1 comment:

  1. Parti anak beranak....
    Sebab itulah dap tidak dihormati oleh bangsa lain krn parti anak beranak ini sombong dan bongkak...
    Mrk beranggapan dunia ini mrk yg punya...

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.