Adun PAS Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seperti seorang Maharaja Cina.
Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.
Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.
“Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka,” beliau berkata.
Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai ‘mengecewakan’.
“Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam,” katanya.
Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham
Tipu orang boleh la ... tahu tak tahu tapi tuhan tahu.
ReplyDeletebodoh, mcm mana bolemjadi pemimpin. dengan cina pon bole kene tipu
ReplyDeleteKalau kita kata ramai wakil rakyat PAS setakat ada OTAK tanpa AKAL marah..Ini kan betul satu contoh terbaik...fikir fikir lah wahai penyokong totok PAS.
ReplyDelete