Pages

Wednesday, December 02, 2015

MAT SABU CAKAP PAS ADALAH SAYAP PENGGANAS ISIS DI ASIA???!!!


Selepas meninggalkan PAS, Mohamad Sabu terus menyerang parti tersebut dan terbaru mendakwa antara sebab Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Malah, bekas Timbalan Presiden PAS yang kini Presiden AMANAH menuntut siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran Isis yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri" dalam PAS. 

"Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia," kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang "dikafirkan" halal darahnya untuk dibunuh.


Mohamad atau Mat Sabu juga mengesyaki terdapat badan lain yang membawa masuk pemikiran Isis sehingga tidak disedari pemimpin PAS sendiri.

"Adakah fahaman ini masuk begitu saja atau ada badan lain menyusunnya," kata Mohamad yang bimbang ia dirancang musuh-musuh PAS sehingga parti Islam itu berpecah sebagaimana sekarang.

Mohamad berkata, budaya ini bukan saja bahaya kepada PAS bahkan juga menjadi bom jangka kepada keselamatan negara.

Mat Sabu serta beberapa ahli parlimen dan Adun PAS meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah beberapa bulan lalu dan kini bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Harapan.

3 comments:

  1. Bila Bang Mat dalam PAS pasal tak cakap. Benda ni bukan baru.

    ReplyDelete
  2. Bila Bang Mat dalam PAS pasal tak cakap. Benda ni bukan baru.

    ReplyDelete
  3. Bila Bang Mat dalam PAS pasal tak cakap. Benda ni bukan baru.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.