Pages

Monday, October 05, 2015

KENAPA JEREBU MALAYSIA DAN SINGAPORK BERBEZA???



Dalam ceritera jerebu di Asia Tenggara... Beberapa fakta salah telah disebarkan berpunca dari pihak yang sepatutnya memberikan penerangan yang betul kepada rakyat...

Singapura menggunakan formulasi Pollutant Standards Index yang mengira 6 sampel pencemaran iaitu sulphur dioxide (SO2), particulate matter (PM10), fine particulate matter (PM2.5), nitrogen dioxide (NO2), carbon monoxide (CO) dan ozone (O3).. Keenam-enam sub-indeks ini dikutip dan BACAAN TERTINGGI antara sub-indeks ini akan menjadi PSI Singapura.

Berbeza dengan Air Pollutant Index (API) Malaysia yang hanya mengira 5 sampel iaitu carbon monoxide (CO), ozone (O3), nitrogen dioxide (NO2), sulfur dioxide (SO2) dan PM10.

Sub-indeks tertinggi akan menjadi penanda aras kepada API atau Indeks Pencemaran Udara (IPU) ini.


Dalam kes jerebu di Malaysia dan Singapura, PSI Singapura juga ditentukan oleh PM10 berbanding PM2.5 kerana kandungan PM10 yang selalunya lebih tinggi semasa jerebu berbanding PM2.5.

Sebagai contohnya...Pada pukul 10 Malam, 24 September 2015.. Stesen PSI Kawasan Selatan Singapura mencatatkan bacaan PM10 sebanyak 275 μg/m3 berbanding bacaan PM2.5 hanya sebanyak 78 μg/m3 menjadikan PSI Kawasan selatan Singapura adalah 275... 

Perbedaan bacaan Indeks Pencemaran Udara Singapura dan Malaysia tidaklah berlaku kerana perbezaan ALATAN PM10 yang digunakan oleh Malaysia atau PM2.5 yang digunakan oleh Singapura sepertimana yang didakwa oleh Ketua Pengarah JAS. Singapura juga masih menguji sampel PM10 yang sepanjang masa jerebu menunjukkan peningkatan drastik berbanding PM2.5.

Perbedaan ini berlaku akibat perolakan angin (monsun Barat Daya), faktor muka bumi, kelembapan udara, bangunan-bangunan yang menjadi penghalang angin dan memerangkap jerebu, hujan dan lain-lain faktor.

Perbedaan ketara bacaan Indeks antara Petaling Jaya dan Shah Alam sendiri menunjukkan julat beza yang jelas sedangkan jarak antara Shah Alam dengan Petaling Jaya lebih dekat berbanding Johor Bahru dengan Singapura. Adakah Shah Alam menggunakan PM2.5 dan PJ menggunakan PM10?..

Rasanya eloklah Ketua Pengarah ni letak jawatan jer atau mulalah buat kerja-kerja lapangan sebab nampak sangat ketidak-cerdikan beliau dan ketidak-ketahuan beliau mengenai Indeks Pencemaran Udara yang digunapakai di Malaysia dan lain-lain negara.

Pada 16 September 2014 telah menandatangani ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution bagi mengawal jerebu mengikut norma-norma semangat ASEAN dengan amalan diplomatik yang harmoni dan tanpa campur-tangan dalam urusan dalaman negara terbabit untuk menangani masalah jerebu ini.

Maka atas semangat inilah, Kerajaan Malaysia yang turut menandatangani perjanjian  ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution pada 3 Disember 2002 masih tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia. Malaysia masih mengambil jalan diplomatik dan berterusan membantu Kerajaan Indonesia dengan khidmat konsultansi dan bantuan kepakaran lain untuk menyelesaikan masalah serantau ini.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.