Pages

Monday, September 21, 2015

PEMUDA MCA ARAH CINA PIJAK GAMBAR PERDANA MENTERI???!!!

Bersih-4-Pijak-Gambar-Hadi-Najib

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Mungkin kata-kata dari senikata lagu yang agak popular ini boleh dijadikan modal untuk sama-sama kita fikir dan timbang-timbangkan sejauh mana kematangan Pemuda MCA Pasir Gudang dalam berpolitik; itu pun kalau ada yang masih mahu berfikiran positif atas semangat setiakawan Barisan Nasional.

Hakikatnya, sepanjang pemerhatian penulis sejak kejadian memijak gambar Presiden Barisan Nasional dan Presiden PAS tempoh hari, tiada satu pun permohonan maaf yang dipohon oleh masyarakat Cina, samada melalui MCA atau Gerakan di atas kelakuan tersebut terhadap Presiden Barisan Nasional.

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”.

Walhal, tatasusila dan kesopanan orang kita sebelum ini sangat berbeza apabila ia melibatkan perkara-perkara sensitif seperti itu. Kita masih ingat, MCA sering kali menjadi orang tengah, bagi permohonan maaf atas provokasi melampau pada suatu ketika dahulu. Sungguh pun ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan MCA seolah-olah “pertahankan” si pelaku, namun sekurang-kurangnya, ada permohonan maaf. Mengapa ianya tidak berlaku selepas insiden di Bersih 4?

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Dengan tiada satu pun yang tampil untuk memohon maaf atau sebagai wakil untuk memohon maaf, tiba-tiba Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Presiden Barisan Nasional dengan alasan Najib Razak menyatakan sokongan kepada Himpunan Rakyat Bersatu (baju Merah). Perlu diingatkan, bahawa Himpunan tersebut adalah sah setelah mengikut syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh PDRM dan DBKL.
  

Tambahan pula, tiada insiden atau provokasi melampau seperti yang berlaku di BERSIH 4. Malah, terbukti himpunan tersebut turut disertai oleh masyarakat Cina, dan tiada pun insiden kekasaran terhadap mana-mana pihak. Rasis? Penulis rasa tidak.

Apa pula tindakan Pemuda MCA Pasir Gudang sewaktu Ketua Pemuda MCA Malaysia yang membenarkan ahli MCA sertai perhimpunan haram BERSIH 4? Di mana sokongan Pemuda MCA Pasir Gudang terhadap pendirian Presiden Barisan Nasional atas perhimpunan haram tersebut?

“Awak kat mana, awak awak kat mana..”

Sudah tentu Pemuda MCA Pasir Gudang boleh berbuat apa sahaja yang mereka rasakan betul dari kaca mata masyarakat Cina sekaligus menjadi populis. Namun, cuba lah bersikap adil dan saksama kepada Presiden Barisan Nasional sebelum cuba menjadi hero.

Sebagai sesi ulangkaji dan latih tubi mata pelajaran Barisan Nasional, ingin rasanya penulis sampaikan kepada Pemuda MCA Pasir Gudang untuk membuat perhimpunan masyarakat Cina menyokong MCA.

Itu lebih baik untuk parti MCA dan Barisan Nasional.

2 comments:

  1. Cuba pijak gambar Mak Bapak masing2, macam mana rasa?

    ReplyDelete
  2. Apa pikir lagi mca pasir gudang, pakat ramai2 keluar mca masuk parti rasis dap. Mulut mcm dap, hati konon2 masih syg bn...pigidah. Tutup aje mca bhgn pasir gudang. Get lost...

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.