SUATU rahmat tersembunyi yang lahir daripada Bersih 4.0 ialah kebangkitan semula orang Melayu dan UMNO mendepani keserakahan kumpulan cauvinis dan terdesak yang melakukan kebiadaban dan penghinaan terhadap orang Melayu umumnya.
Sangkaan kelompok ini adalah silap dan penyertaan kelompok Melayu desperado yang rela diperalatkan untuk kononnya melakukan regime change turut hampa kerana mereka yang muflis patriotik ini memilih hari dan tempat yang salah dan haram kerana enggan patuh kepada undang-undang negara.
Secara rasional tidak adil kita menuduh semua orang Cina sedemikian. Kumpulan yang ‘terkinyam’ dengan slogan “Ini kali lah!” merasa terangsang untuk mencabar orang Melayu menerusi Bersih 4.0 secara biadab sekali.
Mungkin mereka menyangka orang Melayu sedang menghadapi perpecahan akibat beberapa isu negara dan parti. Ternyata sangkaan itu meleset. Orang Melayu apabila terhina dan tercabar, mereka akan bangkit. Kebangkitan kumpulan “Baju Merah” adalah tanda reaksi terhadap Bersih 4.0 yang haram dan lantang menghina orang Melayu.
Di tengah-tengah negara menghadapi campur tangan pihak luar dalam politik, ekonomi dan serangan media sosial yang berterusan, sepatutnya warga Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara ini turut sama mempertahankan kedaulatan negara bukannya ikut sama mewujudkan ketidakstabilan dari dalam.
Dalam sistem ekonomi kaum, modal penguasaan sumber ekonomi orang Cina di Malaysia sangat ketara. Pembinaan bandar-bandar baru, pusat perniagaan orang Cina, kawasan perumahan yang mahal, pembelian hartanah yang tidak seimbang dan pembinaan kawasan perumahan yang strategik dan menyebabkan ketidakseimbangan taburan penduduk dan memberi kesan kuasa politik masa depan orang Melayu.
Orang Melayu sedar ini tetapi hanya bergantung kepada ihsan kerajaan.
Dalam pendidikan, pelajar Cina yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) sekitar lapan peratus saja, sebaliknya terdapat puluhan ribu pelajar Melayu yang sedang belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina iaitu sekolah vernakular yang sering dikritik kerana tidak sangat mengukuhkan aspirasi kebangsaan.
Hal yang sama di Sekolah Menengah (SM) dan kolej, universiti swasta yang menyimpang daripada aspirasi Pendidikan Negara.
Bahasa Melayu tidak dilihat penting sebagai bahasa ibunda dan bahasa bernegara. Sekali lagi orang Melayu sangat sedar akan apa yang sedang berlaku.
Itu belum lagi kes-kes orang tengah yang mengambil barang dengan harga murah dan menjual harga mahal di pasar-pasar borong dan apabila sampai ke tangan pengguna harganya naik melambung.
Belum lagi hendak menceritakan peranan ‘ah long’ yang mencekik darah, kegiatan samseng dan ejen rumah urut dan pelacur yang meraja lela tanpa takut undang-undang dan tindakan pihak penguat kuasa. Ini juga disedari oleh orang Melayu.
Tetapi apabila sebahagian orang Cina cauvinis ingin mengambil kuasa pemerintahan secara jalanan menggunakan kaedah regim change yang tidak demokratik sudah tentu majoriti Melayu akan bangkit.
Orang Melayu tidak boleh disalahkan kerana bangkit secara aman. Pengalaman orang Melayu menentang Malayan Union dulu tidak disertai oleh kaum lain.
Bila hampir merdeka baharu kaum lain ikut berunding. Itu fakta sejarah. Berdepan dengan ancaman Bintang Tiga dan komunis, askar Melayu dan polis Melayu yang berjuang dan terkorban menghadapi Cina komunis dan orang seperti Mohd. Indera di dalam hutan.
Salahkah orang Melayu menganggap Tanah Melayu dan sekarang Malaysia sebagai tanah air dan ketuanannya, seperti juga tidak salah orang Cina, India, Iban dan Kadazan menganggap Malaysia tanah tumpah darahnya,
Tetapi apabila ada yang mempercaturkan kumpulan-kumpulan Melayu yang berkepentingan untuk merampas hak ketuanan Melayu sudah tentu majoriti orang Melayu akan bangun mempertahankan diri. Ini tidak boleh salahkan mereka kerana mereka ada perasaan, ada sejarah memperjuang dan mempertahankan Malaysia negara mereka yang tercinta.
Merampas Hak Ketuanan Melayu di Malaysia adalah perkara paling sensitif. Ketuanan Melayu sekian lama tidak bermakna orang bukan Melayu tidak mempunyai kebebasan. Kebebasan dalam kegiatan ekonomi, pendidikan, politik, media berlaku. Malah kegiatan songsang Red Bean Army dan media sosial yang lain berlaku.
Tetapi apabila hal-hal yang menyangkut Perlembagaan negara ia adalah sensitif bagi orang Melayu. Apabila kedudukan raja dan sultan diungkit, Islam dipertikai, bahasa Melayu dipersoal, hak istimewa disebut-sebut ia menyebabkan orang Melayu sangat tersinggung.
Usaha membantu orang Melayu dalam bidang pendidikan dan perniagaan umpamanya adalah baik ke arah menyeimbangkan kedudukan. Orang Melayu sudah dijajah lebih 400 tahun. Untuk mengubah sikap, cara berfikir tidaklah mudah. Berapa ramai dalam kalangan orang Cina yang tampil membantu dengan sabar supaya orang Melayu mampu berubah?
Malaysia seharusnya mempunyai warganya yang unik. Memiliki sifat tolong-menolong dan muafakat yang tinggi, tolak ansur yang berterusan supaya kerjasama yang baik berlaku.
Kalau hanya berdasarkan kuasa beli, orang Cina jauh ke hadapan. Pengalaman dan networking orang Cina sudah lebih maju. Kalau membiarkan orang Melayu hanya membuka warung goreng pisang di tepi gedung besar milik orang Cina itu bukan jawapan terbaik.
Meski tidak menafikan sudah ramai orang Melayu yang berjaya dalam bidang korporat, meningkat menjadi kumpulan kelas menengah, namun majoriti Melayu masih mengharapkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM). Jangan perdalamkan lagi jurang yang membawa kepada sengketa.
Bersih 4.0 harus jadi pengajaran kepada cauvinis Cina dan desperado Melayu jangan sesekali menyalakan api gelombang merah untuk mempertahankan haknya secara sah dan demokratik.
Regime change boleh berlaku di Mesir dan Thailand tetapi bukan tempatnya di Malaysia. Malaysia adalah negara yang aman dan maju dan amat dicurigai oleh zionis dan cauvinis yang berhasrat menghancurkannya seperti mereka berjaya di Amerika Latin dan Asia Barat.
Mohon pas kelantan investigate macamana cina dapigs perak dapat project tanah balak di kelantan..........
ReplyDelete