Pages

Wednesday, July 29, 2015

AHLI PARLIMEN PONDAN DIARAH BELA DIRI DI MAHKAMAH

SEKADAR HIASAN

Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk membela diri atas tuduhan sengaja mengaib dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO, tahun lalu.

Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes tertuduh.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh pembelaan pada 20 Ogos ini.

Rafizi, 38, yang juga Ahli Parlimen Pandan, didakwa dengan sengaja mengaibkan dan membangkitkan kemarahan kepada anggota UMNO melalui kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Will Rafizi quit if Selangor is not toppled’ yang boleh memecahkan keamanan awam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat The Edge Malaysia Communication Sdn Bhd, Menara KLK, Jalan PJU 7/6, Mutiara Damansara pada pukul 11.40 pagi, 4 Februari 2014.

Rafizi didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

1 comment:

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.