MELBOURNE: Sebuah pesawat AirAsia X dari Sydney ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Melbourne selepas pesawat dikatakan mengalami masalah teknikal.
Jurucakap Perkhidmatan Udara Australia berkata, juruterbang pesawat membuat keputusan untuk berpatah dan mendarat pesawat XAX223 sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan dan Penerbangan Awam Australia, sistem navigasi dan paparan peta pesawat gagal berfungsi.
Juruterbang dikatakan berpatah dan mendarat di Melbourne disebabkan cuaca lebih mengizinkan berbanding ke Sydney.

No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.