“Di dalam sirah, sebuah peristiwa ketika perang dirakamkan iaitu ketika sahabat baginda shalla Allahu alayhi wasallam bertempur dengan seorang musuh iaitu kafir Quraisy, tatkala pedangnya diangkat mahu memancung kafir itu, lantas kafir itu berteriak melafazkan syahadah. Namun tetap dibunuh juga musuh Islam itu.
Apabila sampai cerita itu ke pengetahuan Rasulullah s.a.w, baginda memarahi sahabat itu, dengan ungkapan yang terkenal,
“Apa engkau telah belah dadanya?”
Ini situasi di medan perang. Ini situasi tatkala berhadapan dengan orang yang terang-terangan mengangkat senjata melawan Islam. Situasi yang clear cut, nampak sangat si kafir itu mengucap syahadah kerana mahu menyelamatkan diri daripada dibunuh.
Tetapi apa petunjuk Rasulullah s.a.w dalam peristiwa ini? “Apa kamu telah belah dadanya?”
Ada sahabat yang berani membantah Rasulullah s.a.w, mengatakan baginda seorang yang “naif”?
Ada sahabat yang mengungkit-ungkit “Ya Rasulullah, dia tu musuh Islam yang telah membunuh ramai orang Islam, kenapa engkau membela dia?”
Ada sahabat yang berani, mengutuk Rasulullah s.a.w, mengejek baginda, mentertawa baginda, hanya kerana baginda bersolidariti dengan musuh Islam ini?
Padahal, dalam situasi yang jelas dan nyata, terhadap seorang yang terang-terangan musuh Islam pun, Rasulullah s.a.w menyuruh kita “jangan belah dada”.
Inikan pula di zaman ini, sungguh hebat puak-puak ni yang mungkin merasa dikurniakan wahyu mengetahui apa yang ada di dalam dada Ong Kian Ming (OKM). Depa boleh nampak masa depan, yang OKM ni akan mati dalam kekufuran, dan mereka, akan confirm masuk syurga. Depa boleh tahu setiap bisik hati OKM, boleh meneka dan meramal next step, boleh membelek hati ahli parlimen Cina ini.”
Komen saya:
1) Amat malang sekali mana-mana ahli jamaah Islam yg membina tasawur hubungan dengan bukan Islam hanya berasaskan satu hadith semata-mata. Ke manakah dicampakkannya berpuluh ayat muhkamat mengenai Wala’ dan Bara’ yang termasuk dalam bab akidah? Mungkin mereka tidak mempelajari bab Wala’ dan Bara’ atau tidak menekuni ayat-ayat itu satu persatu dalam usrah-usrah mereka, sehingga dengan satu kejadian khusus dalam hidup Nabi sudah dijadikan pegangan dalam bab hubungan dengan orang kafir. Bahkan, lebih tepat lagi jika dikatakan bahawa hanya dengan satu hadith sudah cukup untuk “spin” dan putar sehingga pening lalu lupa pada ayat-ayat Wala’ dan Bara’ yang muhkamat dan banyak, sehingga akhirnya yang batil itu nampak betul. Jika benar ayat-ayat muhkamat itu tidak pernah ditadabbur dalam usrah mereka, maka amat malang sekali mereka yang terlibat dalam jamaah itu.
2) DAP secara jelas dan nyata dalam dasar perjuangannya mahu merubah identiti negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama negara. Amat malang sekali, jika mereka yang mengikut usrah jamaah itu tidak diberitahu dan disedarkan bahawa kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah premis untuk menegakkan Islam di negara ini. Premis itulah yang mahu diruntuhkan oleh puak DAP dan sekutunya dengan mendakwa dan mempromosi bahawa Malaysia adalah negara sekular. Itulah intipati konsep Malaysian Malaysia. Apa gunanya ikut usrah jika perkara sebegini mudah tentang DAP tidak difahami? Apa gunanya ikut usrah jika, bukan saja membiarkan, bahkan bersangka baik dan membantu parti yang mahu meruntuhkan premis dalam perundangan untuk penegakan Islam di Malaysia? Tanpa premis itu, perjuangan Islam akan terpelanting “ribuan batu” ke belakang. Atau apakah sebenarnya yang mereka perjuangkan? Apakah sebenarnya yang mereka pelajari dalam usrah-usrah mereka? Hanya momokan-momokan politik pragmatis pimpinan yang menyelinap ke parti itu dan parti ini, yang disampaikan oleh para murabbi yang hanya menjadi pak angguk dan penyampai buta? Sehingga pengikut pun buta tentang ajaran Islam yang “basic” seperti Wala’ dan Bara’, serta buta tentang bahaya perjuangan DAP?
3) Amat malang sekali apabila pengikut-pengikut jamaah itu tidak diajar untuk membezakan antara individu kafir dan organisasi kafir yang menyatakan dengan jelas perjuangannya yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di tanah air tercinta ini? Mereka tidak diajar membezakan antara individu kafir yang mengajar matematik kepada anak mereka dengan individu kafir yang mengepalai organisasi yang (untuk kesekian kalinya saya sebut) yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini. Atau mereka tidak faham lagi apa itu “premis Islam bernegara”? Jika benar, amat-amat malang sekali mereka yang mengikut usrah yang sentiasa dimomokkan dengan ungkapan Hasan al-Banna (dan berasa ” kenyang” dengan ungkapan-ungkapan itu), tetapi tidak diajar realiti kenegaraan Malaysia. Amat malang sekali pengikut jamaah itu. Saya simpati.
4) Berdasarkan cara mereka menghurai hadith di atas untuk bersangka baik dengan OKM (yang merupakan pemimpin organisasi yang mahu meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini, bukan individu kafir biasa) saya merumuskan mereka memang pakar dalam “memetik mana-mana dalil yang menyokong pendapat yang telah mereka tetapkan terlebih dahulu”. Mereka pakar dalam “menundukkan nas menurut nafsu politik mereka”. Mereka pakar mencari dalil yang boleh menjustifikasi tindakan ahli politik mereka yang licik memperkudakan parti itu dan parti ini. Tetapi mereka naif atau sengaja jadi naif di depan kata-kata seorang ahli politik sekular liberal yang tidak beriman. Lagikan cakap orang politik yang beragama Islam, yang ada istilah halal dan haram pun sukar nak dipercayai, inikan pula ahli politik yang tiada istilah halal dan haram. Kesimpulan saya, mereka pakar untuk menjadikan pengikut naif, agar jamaah mereka menurut sahaja strategi ahli politik penyelinap mereka.
5) Kafir atau muslim adalah soal zahir. Kita berhukum pada zahir. Kalau hukum Islam bergantung pada batin, nescaya tergendalalah semua hukum. Saya tidak pasti adakah mereka boleh memahami konsep ini (mengambil kira mereka telah terbiasa dengan tasawur, konsep dan hukum yang telah di”spin”). Kalau nak bercakap tentang hikmah berdakwah, tiada siapa yang boleh sangkal bahawa Nabi S.A.W. adalah pendakwah paling berhikmah. Tetapi Nabi S.A.W. diajar untuk guna kalimah kafir kepada orang yang kafir pada zahirnya. Nabi diperintah untuk sebut, “Wahai orang-orang yang kafir”. Tak perlulah ” spin” dengan mendakwa bahawa orang berpegang pada konsep ini sebagai tidak hikmah atau orang yang mengetahui isi hati orang lain. Cukup-cukuplah “spin” itu. Kerana perbuatan “spin” sudah menyesatkan pemikiran sesetengah anak muda yang tidak bernasib baik.
Akhir kata daripada saya, tiada ruang bersangka baik untuk DAP. Mana-mana jamaah Islam yang bersangka baik dengan DAP, sedangkan dasar perjuangannya kekal untuk meruntuhkan premis Islam bernegara di negara ini, maka tamatlah peranannya sebagai jamaah Islam kerana kebutaan terhadap musuh Islam, bahkan bersekongkol menjayakan agenda musuh. Ia hanya menipu masyarakat dengan imej Islamnya.
(MCA juga sekarang ini sudah menzahirkan ia boleh diletakkan sebakul dengan DAP)
Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA
Bernas n cantik
ReplyDeleteKomen saya pulak:Mereka bersangka baik pada yg jelas kafir dan sentiasa menentang Islam,tapi terus bersangka buruk pada yg jelas Islam,hanya berbeda parti politik dgn mereka saja.Hipokrasi taraf tinggi itulah ahli Pashit.
ReplyDeleteDAP itu busuknya sudah diketahui, tetapi Melayu Islam lebih buta. Kerana politik, agama dan segalanya binasa. Kebodohan melayu melayu sebegini amatlah mengkagumkan.
ReplyDeleteTahniah kepada ekstrimis dan pengganas pengganas cina Malaysia kerana berjaya merpergunakan melayu melayu bodoh sebegini, tapi bukan aku, aku akan pastikan korang tidak mendapat apa yang korang kehendaki, banyak negara lain yang selari dengan pemikiran korang, berambus dan pergilah ke negara itu.