Pages

Monday, July 14, 2014

MELAKA NEGERI PERTAMA BEBAS JUDI HARAM???


HARAP-HARAP BENDA YANG DILAKUKAN INI BERJAYA...
DAN MELAKA BEBAS DENGAN JUDI HARAM SELEPAS INI...
CINA TAUKE JUDI HARAM NI MEMANG JENIS HARAM JADAH...
TAK TAKUT DENGAN UNDANG-UNDANG NEGARA NI...
JADI KENALAH PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG SATU LANGKAH DI HADAPAN DARI CINA TAUKE JUDI HARAM NI...
JANGAN BERI MUKA LAGI PADA MEREKA...
SUDAH SAMPAI MASA KITA GUNA KUASA YANG ADA UNTUK TERUS KITA MENGEKALKAN KUASA...
DIA KAYA, KITA YANG PAPA...
KITA LANGSUNG TAK DAPAT APA...
MOGA-MOGA PERKARA INI  BERTERUSAN DAN BUKAN SEKEJAP AJA...

JPX

Pemotongan bekalan elektrik dan air akan mula dilaksanakan terhadap mana-mana premis pusat perjudian siber tanpa lesen yang akan digempur dalam operasi besar-besaran di negeri itu bermula minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, gerakan bersepadu kali ini akan melibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di samping polis dan penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, operasi bersepadu kali ini dijangka berkesan bagi memastikan premis yang telah diserbu beberapa kali tidak beroperasi semula selepas bekalan air serta elektrik dipotong.

"Saya terkejut bagaimana pemilik premis di Taman Semabok Perdana yang digempur oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) adalah kali ke-10 sejak 2012 tetapi masih beroperasi.

"Ini cukup jelas membuktikan pemilik premis tidak takut apabila hanya komputer disita dan mereka dikenakan kompaun tetapi kali ini pergerakan bersepadu kita melibatkan pemotongan bekalan elektrik dan air.

"PBT telah diarahkan untuk menggempur semua premis kafe siber tanpa lesen dan jika premis ini beroperasi semula apabila mendapatkan bekalan elektrik contohnya dari kedai sebelah, kedai terbabit juga akan kita potong bekalan elektrik," tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baharu, Masjid Tanah di sini semalam.

Beliau mengulas operasi penguat kuasa MBMB bersama empat anggota polis di empat lokasi di bandar raya ini kelmarin sehingga berjaya menyita 92 unit komputer.

Salah sebuah daripada premis yang diserbu di Taman Semabok Perdana itu pernah digempur sebanyak sembilan kali oleh penguat kuasa MBMB dan telah menyita 176 unit komputer tetapi masih beroperasi seperti biasa apabila diserbu untuk kali ke-10.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan kerajaan negeri memandang serius kegiatan premis pusat judi berkomputer masih beroperasi walaupun sudah beberapa kali diserbu oleh penguat kuasa PBT.

"Melalui operasi memotong bekalan elektrik dan air, saya yakin premis ini boleh disekat daripada terus menjalankan kegiatan haram," katanya.--UM

5 comments:

  1. Alhamdulillah... semoga usaha murni ini akan berjaya..

    2 perkara minta diambil perhatian..

    1) ada tmpt yg dah kena potong api dek TNB. tp tokey cina kedai tu sambung balik cara koboi.. guna cable 6mm bg threr phase. Hrp lepas potong, round balik dan follow up. Air x ada pun, judi tetap boleh jalan...

    2) ttg pdrm. Ada pegawai D7 yg jujur buat benteras mesin judi. tp ada nya pengkhianatan di kalangan anggota bawahan pdrm bg info ttg serbuan yg nak dibuat.. rela jd anjing belaan tokey cina judi.. lebih malang, buat laporan sprm terhadap pegawai D7 !!
    umun tau.. sprm la ni buat keja bukan ikhlas sgt.. mcm dunia bisnes.. nak cr job. Naikkan kpi.. nak pangkat. Berkat jer gaji yg pegawai sprm bg makan anak bini ? Yg penting dpt job. Panggil wartawan.. masukkan dlm surat khabar besar2.. "tahniah anda berjaya.."
    samalah juga Jabatan Peguam.. besg klu dpt kenakan kakitangan kerajaan. Tmbh2 klu JUSA.. Bravo ! Long live AG.. berkay ker gaji tu ? Aaarrrgghhhhh.. apa kira.. janji KPI naik.. kan ?

    3) pegawai pbt jd barua pd sindiket yg dapatkan lesen judi. Sanggup dibayar belasan ribu ringgit utk luluskan 1 lesen judi. Ada pekerja bawahan mcm kerani fi pbt.. terpaksa buat jerja utk dilulyskan oleh org atas. X buat kena ugut. Kesian

    ReplyDelete
  2. Patut rumah kedai yang tu pun disita sekali, jika tak tau siapa penyewanya tuan punya rumahkedai tersebut perlu bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. Betul ka bebas dari judi haram takut-takut main wayang saja, di Malaysia ini kalau pasal duit dia selalu payah sikit hak hapus.

    ReplyDelete
  4. hapuskan semua samseng2 sampai licin & tak bernyawa..

    Jihad di Malaysia/Tanah Air lebih mulia daripada pergi Arab.

    Jumlah Ahli/Senjata+ Polis/Tentera dgn samseng bersekala 10,000 : 1..

    Mana mungkin Samseng Boleh Kuasai Malauysia..Kasi Licin Satu Kali Malaysia Aman.. apa geng pun 99, 2020, 40, semua kasi hantam sampai hancor..

    Jadi ISrael sikit untuk keamanan

    ReplyDelete
  5. Melaka..ko berkhayal ke..?

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.