Pages

Tuesday, June 17, 2014

ALTANTUYA DIHIDUPKAN KEMBALI!!!


ISTERI kepada seorang bekas penyiasat persendirian yang telah meninggal dunia, kelmarin memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, isteri beliau dan beberapa pihak lain kerana di dakwa menjadi punca kenapa mereka sekeluarga lari ke Chennai India pada tahun 2009.

Yang dituntut adalah sejumlah wang kononnya ganti rugi masa kenapa lari dulu dan kos kehidupan disana.

Penulis bila baca ni garu kepala, patutnya Perdana Menterilah yang saman mendiang ni sebab buat kenyataan bersumpah palsu kononnya penglibatan beliau dalam pembunuhan itu.  Buktinya bila bekas penyiasat persendirian berkenaan tarik balik pengakuan bersumpah itu sehari selepas akuan bersumpah yang pertama dan kemudian lari ke India.

Ramai percaya, tindakan lari ke India tu kerana takut ugutan samseng yang diupah Pakatan.  Logiknya takde sebab bekas PI berkenaan nak lari ke luar negara kerana takut tindakan balas Perdana Menteri selepas membuat akuan bersumpah kedua kerana  Perdana Menteri bukan orang yang berdendam dan akuan bersumpah kedua itu telah membatalkan akuan bersumpah pertama.

Malah disebutkan dalam akauan bersumpah kedua bahawa akuan bersumpah pertama itu adalah dibuat atas paksaan oleh pihak-pihak tertentu berikutan peranan mendiang sebagai penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda sebelum pembunuhan itu berlaku.

Hairan kenapa bininya kata akuan bersumpah kedua tu yang dibuat secara paksaan?  Sekali pandang, saman ini macam sebahagian dari babak dalam drama tamil, macam-macam benda mengarut boleh berlaku.

Apa pun, penulis percaya, semua episod ini sebetulnya adalah cubaan Anwar untuk menghidupkan kembali kaitan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantunya, dah takde orang lain lagi dah.  Dalam kepala otak tua kutuk peliwat ni memang takde lain, asyik nak membalas dendam saja tak habis-habis.

Habis semua orang Anwar peralatkan, laki mati, bini pulak, ini semua memang kerja jahat dia, menepati modus operandinya yang biasa.

Penulis bagaimanapun tidak nampak apa masalah untuk Perdana Menteri menghadapi saman ini kerana jelas ia bermotifkan politik dan duit.

Lagipun dari mula semua orang tahu mendiang PI ini dulu lari dengan kerelaan sendiri atas sebab yang hanya dia tahu.  Tidak ada siapa di pihak Perdana Menteri yang menyuruhnya keluar dari negara ini.  Masa dia balik dari India (sebelum meninggal tidak lama selepas itu akibat sakit jantung), Perdana Menteri masih orang yang sama.

Oh ya, mendiang ni balik dulu pun ada unsur-unsur politik sebab PRU13 dah dekat dan Anwar sedang hilang kelebihan yang banyak akibat mulut celuparnya dalam kes pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu.

Jadi motif saman ini sangat jelas ada kepentingan di sana sini.

1 comment:

  1. Elok juga di hidupkan kembali,nanti Rosmah maafkan.Jangan takut buat salah pada Rosmah,dia cukup pemaaf orgnya,persepsi buruk oleh rakyat dia tak kesah,yg lungkup Umno bukan dia.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.