KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi kekal Menteri Besar Terengganu yang sah meskipun tiga wakil rakyat daripada UMNO mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas.
Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika ditemubual menerusi siaran langsung Buletin 12 Awani di Saluran Astro Awani 502 hari ini berkata, kedudukan itu berdasarkan beberapa faktor iaitu:
* Selagi kedudukan Ahmad Razif tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diambil undi tidak percaya, maka beliau adalah Menteri Besar Terengganu yang sah.
* Selagi tiada permintaan untuk membubarkan DUN oleh Ahmad Razif selaku Menteri Besar, maka DUN sedia ada masih lagi berterusan dan beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar.
* Selagi tiada pelantikan Menteri Besar baharu oleh Sultan Terengganu atas sebab baginda telah mendapati Ahmad Razif telah hilang kepercayaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), beliau masih lagi kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.
Mohd. Hafarizam berkata, rakyat Terengganu tidak perlu panik atau gusar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu telah tumbang kerana Ahmad Razif masih lagi Menteri Besar.
Katanya, kerajaan yang memerintah Terengganu pada masa ini adalah kerajaan BN yang terajui UMNO.
''Tidak timbul Pas mengambil alih tampuk pentadbiran kerapa apakah 15 ADUN mereka telah menghadap Sultan Terengganu?.
''Apakah Sultan Terengganu berpuas hati bahawa kerajaan BN telah hilang majoriti dan apakah baginda berkenan melantik Menteri Besar baharu daripada Pas,'' katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.