Walaupun MCA dalam Barisan Nasional hanya mempunyai kekuatan 7 kerusi Parlimen dengan kesemua daripada kerusi tersebut dimenangi dengan bantuan pengundi-pengundi Melayu, namun MCA nampaknya langsung tidak gentar. Malah parti yang kini dipimpin oleh Liow Tiong Lai dan ditimbalankan oleh Wee Ka Siong, begitu berani mengugut UMNO yang mempunyai kekuatan 88 kerusi Parlimen seandainya UMNO masih berterusan memberikan sokongan kepada PAS dalam isu pembentangan rang undang-undang hudud dalam persidangan Dewan Rakyat Jun hadapan.
Kalau selama ini, MCA bersembunyi-sembunyi mengenai kerjasamanya dengan DAP sehingga membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen, nampaknya isu hudud telah menyebabkan MCA tidak lagi berpura-pura. Sebaliknya secara berterus-terang, MCA memberitahu bahawa parti itu akan keluar dari Barisan Nasional sebagaimana yang mereka lakukan pada tahun 1969 sehinggalah tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969.
Penyatuan MCA dengan DAP berhubung isu hudud sepatutnya membuka mata PAS. Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP secara terbuka menyelar dan MEMBABIKAN PAS dalam postingnya di blognya. (limguaneng.com).
Lim Guan Eng secara terbuka melabelkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai pembohong dan mendesak agar Presiden PAS itu menunjukkan bukti bertulis tentang persetujuan Pakatan Rakyat untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan sebagaimana yang didakwa.
Menurut Guan Eng, DAP tidak pernah bersetuju dengan cadangan perlaksanaan hudud. Malah Guan Eng secara peribadi tidak pernah bersetuju dengan hudud yang disifatkannya sebagai kejam. Bagaimanapun, Lim Guan Eng yang bijak berselindung, tidak menyatakan hukuman itu kejam secara terbuka, sebaliknya berselindung di sebalik istilah, ‘TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN’.
Dari sini sahaja kita sudah dapat melihat bagaimana berbezanya MCA dan PAS dalam menegakkan kepercayaan mereka. MCA tidak teragak-agak mengugut UMNO dan Barisan Nasional untuk keluar daripada gabungan tersebut meskipun mereka sedar, kekuatan MCA sebenarnya terlalu bergantung kepada undi Melayu. MCA sendiri sentiasa gagal di kawasan bermajoritikan Cina di seluruh Malaysia. Malah di Selangor, MCA langsung tidak ada kerusi DUN kerana semua kerusi bermajoriti Cina telah dibolot oleh DAP dan PKR.
Sedangkan PAS pula, yang mempunyai 21 kerusi Parlimen kelihatan teragak-agak, bahkan terpaksa berselindung dengan menyalahkan UMNO kerana kegagalan dan ketakutan mereka kehilangan kawan seperti DAP.
Sebilangan pemimpin PAS sekarang ini sedang cuba memujuk DAP dengan menyatakan mereka sendiri tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud. Sebaliknya mereka menyalahkan UMNO kerana hudud dianggap sebagai satu perangkap UMNO walaupun sebenarnya yang bermain politik tentang hudud adalah PAS sendiri.
Jikalau MCA begitu berani mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional, apakah PAS juga berani berbuat demikian?
Melihat kepada tanda-tanda yang diberikan oleh kepimpinan PAS, tidak mungkin PAS berani keluar dari Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai satu pakatan yang amat menguntungkan parti itu. Bahkan PAS akhirnya akan berlembut hati dan menurut segala titah perintah Lim Guan Eng. Apatah lagi dengan cabaran MCA terhadap Guan Eng, pasti akan disambut oleh Setiausaha Agung DAP itu secara anak jantan dengan memantapkan lagi pendirian peribadinya dan DAP untuk menolak hudud walau dengan apa cara sekalipun.
Sehingga setakat ini, tiada sebarang ulasan diberikan kepada komen Lim Guan Eng. Para pemimpin dan juak-juak PAS yang selalunya cukup sensitif, tiba-tiba sahaja menjadi pekak, tuli dan bisu kerana terlampau takutkan Lim Guan Eng dan DAP!
YANG SUDAH TU SUDAHLA MELAYU!!
ReplyDeleteCINA BABI DAN KELING PARIAH DAP/PKR MEMANG BANGSA SIAL AMBIL KESEMPATAN DI ATAS PERSENGKETAAN BANGSA MELAYU.
BERSATULAH MELAYU!! ATUR STRATEGI PENEMPATAM MELAYU/BUMI DI KAWASAN YANG RAMAI CINA BABI KELING PARIAH DAP/PKR.
MCA ? Gua tak penah dengar MCA, itu parti sabung ayam ka?
ReplyDelete