Pages

Friday, May 30, 2014

GEMPAR:AHLI PARLIMEN HILANG!!!


Teluk Intan – Pengundi Parlimen Gelang Patah hari ini meminta bantuan untuk mengesan Ahli Parlimen kawasan itu, Lim Kit Siang.

Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Vitoria, Rich Koo berkata, beliau menerima sistem pesanan ringkas (SMS) meminta bantuan mengesan Kit Siang yang juga Penasihat DAP pagi tadi.

Mesej berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris berbunyi ‘I’m Gelang Patah votes, my member parlimen missing. Please help us find him and ask him come back to service’.

“Saya terima sms ini pagi tadi. Kita harap dapat membantu pengundi yang meminta pertolongan ini untuk mencari ahli parlimen berkenaan di sini,” kata Rich.

Rich berkata, Pemuda Gerakan akan mengedarkan risalah dan poster bagi membantu mengesan Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Kit Siang kali terakhir dikesan berada di Parlimen Teluk Intan mengusung si Dyana Sofya ke hulu ke hilir bagi membantu kempen DAP merebut kerusi parlimen itu pada 31 Mei ini. 

Malah Kit Siang juga menjadi jurucakap kepada si Dyana yang tak reti bercakap, suka berbohong dan kuat merengek seolah-olah Kit Siang pula yang bertanding di situ. 

Inilah keistimewaan yang sering kali dimiliki oleh wakil-wakil rakyat pembangkang apabila memenangi satu-satu pilihanraya. Mereka hanya akan aktif sewaktu proses kempen sahaja, setelah berjaya mendapat undi maka rakyat di biarkan terkontang – kanting.

Kerja MP dan ADUN Pembangkang tak susah macam Menteri-Menteri, Exco-Exco dan Wakil -Wakil rakyat BN yang ke hulu ke hilir bantu rakyat hingga tak sempat itu ini. 

Kerja pembangkang hanya hasut rakyat dengan isu yang mereka sendiri tak faham...janji boleh dapat sokongan meneruskan hayat politik mereka. Kemudian alih-alihkan pengundi tegar mereka di kawasan-kawasan BN yang mereka nak menang. Lepas tu tuduh BN import pengundi hantu, pengundi Bangla, sengaja black out, SPR tak betul, fitnah UMNO rasuah...Alasannya pembangkang wajib tuduh BN dulu sebelum BN membongkar segala kejahatan mereka. 

Pernah satu ketika dulu seorang Ahli Parlimen pembangkang di Pulau Pinang menyatakan urusan untuk memberikan perkhidmatan adalah di bawah tanggungjawab ADUN-ADUN kerana Ahli Parlimen perlu menumpukan kepada soal negara.

Satu kenyataan dangkal yang akhirnya menyebabkan si Ahli Parlimen tersebut turut tidak mendapat tempat dalam PRU13 yang lalu.

Samalah juga kes calon PAS; Che Long semasa PRK Kuala Besut dulu pernah mengeluarkan kenyataan akan mengupah orang menjaga kawasan DUN jika beliau terpilih jadi ADUN kerana beliau sibuk uruskan perniagaan rentas sempadan milik Husam Musa di Kelantan dan Terengganu. Akhirnya beliau kalah. 

Hakikatnya apa guna mengaku wakil rakyat sekiranya rakyat sukar bertemu wakil mereka? 

Gaji sebagai wakil rakyat diambil, tapi malas berkhidmat...ertinya mereka pecah amanah, makan gaji buta dan telan duit haram!--SUMBER

1 comment:

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.