Pages

Saturday, May 03, 2014

GEMPAR MALAM MINGGU:MCA KELUAR DARI BN???


Betulkah MCA mengugut akan keluar Barisan Nasional sekiranya UMNO menyokong PAS laksanakan hudud di Kelantan? Ini sebenarnya satu berita yang amat mengejutkan sekiranya benar. Mereka seolah-olah gagal mengukur baju di badan sendiri. 

Dalam PRU13 yang lepas prestasi MCA amat teruk sekali. Kegagalan mereka dalam menyumbang dengan baik dalam pembentukan kerajaan Barisan Nasional sebenarnya telah meletakkan MCA sebagai parti yang tidak lagi relevan.

Melalui analisis terhadap PRU13 yang lepas kita boleh membuat kesimpulan bahawa bangsa Cina di dalam MCA telah berpaling tadah menyokong DAP demi semangat rasis melampau Cina. 

Oleh itu sebenar MCA tidak berhak untuk mengkritik tindakan UMNO menyokong Hudud Islam bukannya Hudud PAS.

Ini merupakan sumbangan UMNO terhadap Islam sebagai agama rasmi negara. MCA tidak boleh menolak hudud Islam dengan membabi buta kerana ianya merupakan undang-undang dari Allah dan merupakan yang terbaik. Tidak mungkin ada undang-undang buatan manusia yang lebih baik daripada undang-undang Allah s.w.t.

Hakikatnya penolakan Hudud oleh DAP dan MCA di Kelantan berkemungkinan kerana bimbang Pas dan Umno bergabung. Ini akan menyebabkan kedudukan Islam dan Melayu lebih kukuh di negara ini. Sekiranya ini benar-benar berlaku maka ianya akan menjadi mimpi ngeri DAP dan MCA sekali lagi. 

Dengan itu impian DAP dan MCA untuk memastikan kuasa pemerintahan beralih kepada bangsa Cina akan gagal.

Perpaduan antara UMNO dan PAS akan menjadikan Melayu sebagai majoriti yang kuat. Hakikatnya UMNO dan PAS merupakan parti Melayu Islam. Desas desus kecaman dari MCA dan Gerakan kepada Umno sekiranya mereka menyokong pelaksanaan hudud telah mula kedengaran. 

Kononnya MCA akan keluar BN jika UMNO sokong hudud. Ini merupakan suara yang sama dari DAP yang tidak mahu sokongan Umno kepada Pas mengenai hudud. Mereka sedar isu ini memang akan menyatukan parti Melayu.

Walaupun UMNO dan PAS tidak bersatu dalam satu parti politik namun gabungan dari segi ideologi agama dan isu Melayu seperti penggunaan Bahasa Melayu, agama Islam termasuk hudud dan kepentingan Raja-Raja Melayu bakal menakutkan parti Cina yang sememangnya rasis. 

Mereka cuba membuang identiti bahawa Islam agama rasmi negara, ketuanan Melayu dan Bahasa Melayu bahasa rasmi negara.

Tambahan pula pemahaman DAP dan MCA terhadap perundangan Hudud Islam amat lemah sehingga menyebabkan mereka menolak hudud tanpa berfikir panjang pun. Selain dari itu juga orang Melayu Islam yang gagal memahami sepenuhnya hudud Islam juga antara punca utama kegagalan mereka menerangkan kepada bangsa Cina kesempurnaan Hudud Allah. 

Sebenarnya kita tahu bahawa hudud PAS sendiri tidak menepati hudud Allah yang maha sempurna.

Perlaksanaan Hudud Allah ini merupakan cabaran untuk umat Islam di negara kita untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Mungkin dalam pencarian ini maka perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu dapat dipulihkan. 

Dengan itu keamanan negara yang selama ini kita pertahankan dapat dipulihkan. Disamping itu kita dapat “membunuh” musuh Islam dan musuh Melayu pada masa yang sama.

16 comments:

  1. Cina mca dah lama keluar bn. So apa nak worry. Melayu umno dan melayu pas bersatula untuk agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu bro..mca menang pn sbb ehsan org melayu..keep going for hudud..

      Delete
  2. Perenggan 5. Islam bukan agama rasmi tp islam adalah agama negara... Ada beza istilah tu..

    ReplyDelete
  3. Silalah keluar..ada xmenambah, xdak lg bagus!!! Xperlu nk tanggung biawak hidup buar calar belakang shj!! Get loss!!! Bersatulah hendaknya melayuislam d m'sia!!

    ReplyDelete
  4. kalau ibrahim Ali akan buat kenduri jika anwar ibrahim masuk penjara, kami akan buat kenduri jika mca keluar dari BN!

    ReplyDelete
  5. UMNO jangan takut dengan gertakan mca dan gerakan ,teruskan syariah ISLAM ,ALLAH ada bersama kita

    ReplyDelete
  6. bagusla mca kluar, so melayu dn islam boleh brsatu tadbir negara ni... ini Tanah Melayu dn Islam, cine jika x suka boleh balik China, Hongkong Taiwan besar negara asal mereka

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan anon diatas, mata sepet ni tembelangnya dah pecah masa PRU13, ini kalilah tak menjadi. Harapan saya sebagai umat Islam, bersatulah demi hukum Allah, ketepikanlah fahaman politik, israel jadi takut bila Hamas dan Fatah bersatu.

    ReplyDelete
  8. Senario pemerintah parti kencingkan rakyat dan parti PAShit gagal memerintah Negara Tanah air seperti , ternyata semua rakyat cina akan mengamalkan bakar kertas setiap hari sehingga mengotorkan udara seperti mana yang terdapat di Singapork.
    Senario bakar membakar,
    scenario kebisingan deng-ceng-ceng,
    scenario perempuan cina berjalan dengan anjing dimana mana mereka tinggal,
    scenario perempuan cina berjalan dimana-mana dengan seluar pendek mereka, tidak kesah orang lain yang menutup aurat.
    Senario orang cina bercakap bahasa mereka dimana-mana sahaja.

    scenario mereka berbincang dengan bahasa mereka membelakangkan orang Melayu secara terbuka walau pun Melayu terlibat dalam perniagaan dengan mereka .

    Ini semua scenario yang terdapat diSingapura.

    ReplyDelete
  9. mca dah tak perlu dalam bn. jika ada pun menyusahkan bn, sepatutnya mca dh ditendang keluar dari bn selepas pru12 lagi.

    ReplyDelete
  10. mca dah tak perlu dalam bn. jika ada pun menyusahkan bn, sepatutnya mca dh ditendang keluar dari bn selepas pru12 lagi.

    ReplyDelete
  11. Kalau kita takut dan mengharap kepada manusia..
    Kita akan kecewa... berserah sepenuhnya kepada Allah swt...
    Teruskan dengan perancangan baik kita...
    kerana Allah jualah sebaik-baik perancang...
    Bertawakkal kpd Allah dan selawat ke atas Baginda saw.. Amin
    O.f. t.m.h.d

    ReplyDelete
  12. Cina dan Keling ni pandai bermuka2!!!!

    Bersatu sajakah Melayu/Bumi korang tengok Cina Keling pasti tunduk!!

    Sekarang ni bangsat tu semua ambil kesempatan jer sebab Melayu/Bumi berpecah belah!!

    ReplyDelete
  13. Hanya cari penyebab. Rentak menunggu belah.
    MCA dah relevan lagi dalam kontek politik BN sekarang.
    Biar MCA keluar sekira mereka fikir mereka bolih hidup sekali pun mereka bergabung dengan DAP.
    UMNO dan PAS penting untuk gabungan Melayu dan ugama Islam khasnya.
    Pada UMNO, PAS lebeh penting dari MCA pada mssa kini.

    ReplyDelete
  14. KALU NAK KELUOR PUN TAK DA APA!! PERSILOKAN ,ADA PUN TAK MENAMBAH KELUAR PUN TAK MENGURANG,DAH LE MENANG PUN SEMUA KERUSI MAJORITI MELAYU,UMNO BOLEH AMABIK BALIK KERUSI KERUSI TU DAN BERTANDING SENDIRI.

    ReplyDelete
  15. Excuse me, hudud "Islam"? Ni hudud PAS la bongok. Tolong bagi tau aku macamana hudud Islam? UMNO makin bodoh sokong PAS.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.