KUALA LUMPUR 23 April - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini.
Hishammuddin menerusi akaun Twitter H20Comms memaklumkan, sidang akhbar itu akan diadakan pada 6 petang di sebuah hotel di sini.
Kehilangan MH370 bersama-sama 239 penumpang dan anak kapal kini masuk hari ke-47.
Pesawat tersebut hilang daripada pengesanan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.