Pages

Tuesday, April 22, 2014

PAS AKAN LETAK CALON DI PRK BUKIT GELUGOR UNTUK LAKSANA HUDUD!!!???


Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dalam satu kenyataan medianya di di Ibu Pejabat Pas petang tadi menyebut Parlimen Bukit Gelugor akan kekal dimiliki DAP dan PAS tidak berminat untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan mendiang Karpal Singh meskipun ada desakan supaya Timbalan Presiden PAS Mat Sabu bertanding di situ.

Alasan lain untuk menjustifikasikan penolakan PAS konon kerana PAS berpegang pada permuafakatan dan persefahaman di mana jika ada kerusi yang kosong maka ia perlu diisi oleh calon dari parti yang sama. Dalam kes ini DAP yang bertanding di situ sebelum ini maka ia kekal milik DAP.

Kena pada PR pandai pula bercakap soal persefahaman dan muafakat, waktu BN meletakkan calon MCA untuk DUN Kajang baru-baru ini lain pula nadanya bila mana PR dan PAS beriya-iya benar mahu UMNO melanggar permuafakatan BN dengan meletakkan calon UMNO biarpun sejak dulu lagi DUN Kajang ditandingi calon MCA-BN.

Bila kena tang Bukit Gelugor pandai PAS bercakap soal berpegang pada muafakat. Macam baik je bunyinya. Sebetulnya tidaklah baik pun sebab pada PRU-13 yang lepas di DUN Sungai Acheh di Penang, beberapa DUN di Selangor dan tiga DUN di Terengganu berlaku juga perlanggaran muafakat oleh PAS sekalipun semua DUN tersebut asalnya untuk PKR tandingi.

Tika itu PAS lupa soal muafakat dan persefahaman gara-gara terlampau yakin lebih berpeluang untuk menang. Sampaikan diada-adakan cerita konon ada calon PKR di salah satu DUN yang bertindih itu adalah pengedar pil kuda semata-mata untuk menghalalkan kegelojohan PAS mencuri kawasan kuota PKR.

Pun begitu dalam isu PRK Bukit Gelugor ini kalau diikutkan slogan PAS yang berbunyi ‘PAS Untuk Semua’ rasanya inilah masa yang sesuai untuk PAS membuktikan penerimaan pelbagai etnik masyarakat terhadap perjuangannya dengan menyatakan minat dan menawarkan diri bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor yang bakal diadakan pada bulan depan.

Logiknya ada sementelah lagi Parlimen Bukit Gelugor yang merupakan kubu kuat mendiang Karpal Singh itu mempunyai komposisi 74% pengundi Cina yang mana selama ini PAS cukup berbangga mengwar-warkan konon rata-rata orang Cina semakin selesa dan menerima prinsip juang PAS yang semakin liberal.

Lagi pun sudah berpuluh tahun balik-balik batang tubuh PAS dan prinsip perjuangannya sahaja yang dilangkah hidup-hidup oleh DAP maka inilah peluang terhidang di depan mata untuk PAS pula menonjolkan keberaniannya membuktikan PAS bukannya budak suruhan DAP dan PKR semata-mata.

Secara tak langsung juga dengan bertanding di Bukit Gelugor PAS juga dapat merealisasikan kebenaran omongan kosong PR yang sejak dulu begitu seronok mendakwa perjuangan mereka tulus dan melampaui soal perkauman. Tak teringin ke membuktikannya sambil memberi ruang pada Mat Sabu yang terus tertunggu-tunggu entah mana kawasanlah yang sudi menerimanya sebagai wakil rakyat.

Paling tidakpun, dengan bertanding di Bukit Gelugor dapatlah PAS menghapuskan kelancangan mulut mendiang Karpal Singh sebelum ini yang pernah mencabar PAS melangkah mayatnya jika mahu mendirikan negara Islam alagaPAS. Tak dapat langkah mayat Karpal, dapat jejak langkah bertanding di bekas kerusi Parlimen milik Karpal pun jadilah.

Beranikah PAS berbuat demikian? Mati hidup balik seribu kali pun takkan beraninya PAS melanggar kawasan milik DAP apatah lagi nak langkah mayat DAP atau Karpal Singh. Itu pasal awal-awal lagi Mahfuz nafikan wujudnya minat PAS bertanding di Bukit Gelugor. Jadinya sampai kiamatlah slogan ‘PAS Untuk Semua’ hanya tinggal retorik sahaja.

1 comment:

  1. Demi politik ramai pemimpin PAS yang cakap suka putar belit ,dah takde pendirian langsung ,kalau disebelah kerajaan nampak yang salah saja ,tapi kalau disebelah pihak dia semuanya betul ,seolah olah tiada kesilapan dan kesalahan yang pemimpin mereka pernah buat , ingatlah wahai semua pemimpin politik islam ,umur kita makin pendek ,bila bila masa saja nyawa kita akan di cabut ,tak kira kita berada dimana ,jadi mana yang rasa nak bertaubat buatlah dengan segera ,jangan bertangguh,,,,

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.