Pages

Wednesday, January 08, 2014

AGAMA KRISTIAN LEBIH TINGGI MARTABATNYA DARI ISLAM DI SELANGOR


INSIDEN 2 pegawai Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) dilarang dari membuat pemeriksaan biasa di bangunan Persatuan Bible Malaysia semalam menunjukkan bahawa puak pelampau Kristian di Selangor semakin besar kepala, mentang-mentanglah DAP antara pakatan yang membentuk kerajaan di negeri tersebut.

Tidak seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak dibawah kuasa DYMM Sultan Selangor, MBPJ adalah terletak dibawah pentadbiran terus kerajaan Pakatan Selangor yang turut dianggotai DAP, itu yang macam bagus sangat tu.

Kaitan dengan DAP ini jelas bila ahli-ahli politik DAP tampil memberi penjelasan berhubung insiden tersebut.  Apahal mereka pulak yang sibuk?  Ada saham ke dalam itu Persatuan Bible Malaysia?  Masa JAIS rampas Bible bahasa Melayu di lokasi sama tempoh hari, pemimpin DAP juga yang sibuk bantah  kebetulan ke?


Patutnya orang politik jauhkan diri dari perkara-perkara macam ini sebab bercanggah dengan peranan masing-masing.  Cakap besar mewakili semua kaum dan agama, tapi kenapa nampak macam condong kat satu pihak saja?

Walaupun menyifatkan kejadian itu sebagai tak lebih dari salah faham, tapi itu kata mereka, nak meredakan ketegangan yang wujud sejak terdedah cubaan pelampau Kristian di negeri itu menyebarkan fahaman agama lain di kalangan orang Islam, seterusnya melanggar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan beragama.

Selain Selangor sendiri mempunyai Enakmen 1988 yang turut menyentuh isu sama.

Padahal inisiden menghalang pemeriksaan biasa oleh MBPJ itu berlaku kerana timbulnya stigma konon pemeriksaan semalam adalah atas arahan JAIS.  Kenapa kalau atas arahan JAIS, ada masalah ke?

Itu saja menunjukkan prejudis terhadap agensi tersebut dan agama Islam dikalangan puak pelampau ini masih tidak habis walaupun rampasan dan serbuan kelmarin adalah mengikut undang-undang.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Exco berkaitan, Salehin Mukyi dalam satu sidang media semalam.

Erti kata lain, segala perkara remeh temeh akan dibangkitkan puak-puak ini bagi menimbulkan kebencian terhadap Islam dan dalam masa yang sama, menutup sekemas-kemasnya kesalahan mereka kerana cuba menyebarkan agama bukan Islam di kalangan orang Islam dengan pengedaran Bible bahasa Melayu di negeri Selangor.

Kalau ada yang masih tidak nampak, keadaan ini sebenarnya bahaya untuk ketenteraman negara bagi tempoh yang panjang sebab ia boleh membawa kepada pertelagahan antara agama, kalau tidak di kawal.

Sedar atau tidak, isu-isu serupa yang makin menjadi-jadi semakin ini menyerlahkan peranan DAP.  Dulu masa DAP bukan sebahagian dari kerajaan Selangor, kita tak dengar apa isu macam ini pun.

Hanya setelah DAP kuat, barulah macam-macam yang kita dengar pasal keberanian tak bertempat puak-puak pelampau ini.

Agenda asal nak menumbangkan kerajaan BN, nampaknya dah digunakan untuk memecah belahkan rakyat dengan menghangatkan sentimen berkaitan agama melalui kuasa dan peranan dalam kerajaan negeri Selangor.

Inilah akibatnya bila parti politik bukan saja bawa idealogi perjuangan parti, tapi juga idealogi keagamaan yang kebetulan bercanggah pulak dengan perlembagaan negara (dalam konteks tidak boleh agama  bukan Islam tidak boleh dikembangkan di kalangan orang Islam).--MYKMU

3 comments:

  1. Bila kuasa dah ditangan apa apa sahaja boleh mereka lakukan. Ada BM pun hanya menjadi boneka sahaja. Ada EXCO yang diutamakan adalah elaun.

    ReplyDelete
  2. THE MINORITY CONQUERS THE MAJORITY.
    THIS IS BECAUSE THE STUPID MAJORITY SUPORTS THE MINORITY.......WHICH MEANS THE THE STUPID OF THE MALAYS THEMSELVES...

    ReplyDelete

  3. Selangor kini dah berubah nama..jadi Selangor Darul Kristian... baguihhhh la sangat....

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.