Pages

Friday, March 01, 2013

TAKZIAH BUAT DUA KELUARGA WIRA NEGARA


Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki."
- [Aali - Imran : 169]

KELUARGA BESAR BLOG JIWA PARADOX MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM INSPEKTOR ZULKIFLI BIN MAMAT DAN ALLAHYARHAM KOPERAL SABARUDIN BIN DAUD YANG GUGUR TERKORBAN DALAM MENJALANKAN TUGAS SUCI MURNI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA.

KEDUA-DUA WIRA NEGARA INI GUGUR KETIKA BERTEMPUR DENGAN PENGGANAS YANG MENCEROBOH KAWASAN LAHAD DATU, SABAH SEJAK MINGGU LALU. 

PENGANAS YANG MENDAKWA MEREKA ADALAH TENTERA DI RAJA SULU TELAH MEMULAKAN SERANGAN HINGGA MEMAKSA PIHAK KESELAMATAN NEGARA MEMBALAS SERANGAN HINGGA MENGAKIBATKAN DUA ORANG ANGGOTA KOMANDO VAT 69 INI TERKORBAN.

WALAUPUN TELAH DIBERIKAN TEMPOH YANG AGAK PANJANG SUPAYA DIADAKAN RUNDINGAN, PENGANAS SULU INI ENGGAN AKUR ARAHAN PIHAK MALAYSIA UNUK KELUAR DARI NEGARA INI SECARA AMAN.

SETELAH SEMUA PINTU RUNDINGAN TUTUP, BERLAKU PERTEMPURAN HINGGA MENGORBANKAN DUA ANGGOTA INI DALAM USAHA MEREKA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA.

AKU TAK NAK CERITA SIAPA DAN APA YANG MENYEBABKAN INI SEMUA BERLAKU.

SEBAGAI ISLAM AKU PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. UMUR DAN HAYAT ADALAH PINJAMAN MAHA PENCIPTA. SEMUA INI ADALAH ATURANNYA.

NAMUN AKU YAKIN DAN PERCAYA ADA YANG SEDANG BERSUKA RIA DENGAN PERGINYA DUA NYANWA INI DAN AKU AKAN CUBA DAPATKAN CERITA TERPERINCI SIAPA YANG MENJADI DALANG KEPADA SEMUA INI.

KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM, TIADA UCAPAN YANG MAMPU DISUSUN UNTUK MENGGAMBARKAN BETAPA TURUT TERHARU DAN SEDIHNYA KAMI DI SINI DENGAN HARGA YANG PERLU ANDA BAYAR BAGI SEMUA YANG DILALUI.

KEDUKAAN DAN KESEDIHAN KEHILANGAN ORANG YANG DISAYANG TURUT DIKONGSI KAMI DI SINI. 

BETAPA CEMBURUNYA KAMI KERANA ALLAHYARHAM DIPILIH ALLAH UNTUK MENINGGALKAN DUNIA DALAM KEADAAN YANG AMAT DIDAMBAKAN DI DALAM ISLAM.

AL-FATEHAH.

JPX


No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.