Ramai Blogger Berkata, Harakah lagi kuat tabur fitnah banding orang lain.
Namun, sebahagian kita mungkin berfikir takkan akhbar yang mewakili parti yang kononnya berjuang untuk Islam akan berbuat demikian.
Sebenarnya, selain dipenuhi iklan-iklan ubat seks (sekarang dah kurang sikit lepas asyik kena kutuk), ia juga penuh dengan berita-berita yang dikarang bukan untuk tujuan membantu Islam, tetapi untuk milage politik pemimpin parti.
Terbaru, disebabkan beriya-iya sangat hendak menyelamatkan Anwar Ibrahim yang didakwa badan perisikan Filipina sebagai dalang kejadian di Sabah dan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa Lahad Datu konspirasi UMNO, Harakah tampil dengan versi sendiri penafian.
Mereka memperlihatkan sekeping gambar pemimpin kaum Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Tajuk – Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung UMNO 2012.
Siap ada ayat kantoi lagi…
Namun, fitnah itu disedari pihak lain yang berkata seperti berikut di Facebook;
Fitnah terbaru yang dilemparkan oleh HarakahDaily ini jelas menunjukkan kebodohan melampau pemilik dan ketua editor portal ini nyata tidak tahu membezakan di antara pemimpin MILF, Ebrahim Murad Al-Haj dan pemimpin penceroboh Sulu, Jamalul Kiram III.
KALAU NAK COVER ANWAR NGAN TIAN CHUA PUN AGAK2 LAH HARAKAH EBRAHIM MURAD AL-HAJ TU ADA LAH PEMIMPIN MILF YANG MENANDATANGAI PENJANJIAN DAMAI DENGAN FILIPINA ATAS USAHA MALAYSIA.
Itu adalah pemimpin MILF yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Filipina dalam usaha yang digerakkan oleh Malaysia.
Mereka adalah pemimpin Sulu yang mencari kedamaian untuk memajukan Selatan Filipina dengan bantuan Malaysia selepas ini.
Yang berada di Lahad Datu itu ialah pengikut MNLF di bawah pimpinan Misuari yang mengadakan pertemuan dengan Anwar baru-baru ini.-- SUMBER
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.