Pages

Tuesday, February 19, 2013

SYUKUR ALHAMDULILAH: PKR DAN DAP JOHOR PERANG BESAR REBUT KERUSI!!!



Post Pic

SHAH ALAM: Hubungan DAP dan PKR di Johor semakin memburuk selepas Pengerusi DAP negeri itu Dr Boo Cheng Hau mengisytiharkan beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Datuk Chua Jui Meng.

Beliau mendesak kepimpinan PKR mengambil alih jawatan pengerusi PKR negeri daripada Chua susulan pertelagahan yang berpanjangan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya umum ke 13.

Boo menuduh Chua sebagai angkuh dan membelakangkan kepentingan Pakatan Rakyat dalam mencari kerusi selamat untuk dirinya bertanding pada PRU 13.

"Kebanyakan pemimpin DAP dan PKR dan golongan di akar umbi tiada masalah untuk bekerjasama, namun keangkuhan Chua adalah punca utama Pakatan Rakyat berpecah belah di Johor," katanya. 

Beliau seterusnya menuntut agar jawatan Chua diambil alih oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Boo membidas Chua kerana kerap kali mendakwa beliau akan bertanding di Gelang Patah walaupun Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Beliau juga menolak banyak cadangan DAP dan PAS Johor, seolah-olah dia memegang kuasa mutlak di negeri ini,” kata Boo.

Usaha untuk menghubungi Chua tidak berjaya kerana bekas Menteri Kesihatan itu dipercayai mematikan telefonnya.-- SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.