Pages

Sunday, February 17, 2013

PEMBANGKANG LANGGAR UNDANG-UNDANG SESUKA HATI MEREKA JER...



PERLEMBAGAAN negara jelas menyatakan bahawa tidak ada siapa di kalangan rakyat negara ini berada di atas undang-undang, waima kerabat diraja sekalipun.  Ini pasti.

Tapi ada 2 perkembangan berkaitan membabitkan pemimpin parti pembangkang yang menunjukkan puak-puak kera ini berada di atas undang-undang, seakan tidak ada yang boleh menyentuh mereka.

Pertama, keengganan DAP menyerahkan laporan pemilihan CEC Disember lepas sehingga sekarang kepada Pendaftar Pertubuhan dan kedua tindakan pemimpin Pakatan menyelar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana menyaman Mat Sabu yang jelas memfitnahnya.

Rasanya penulis suka mulakan dengan yang kedua.

Dari segi undang-undang, Wan Ahmad mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Mat Sabu yang memfitnahnya terlibat dengan ‘Projek I/C’ di Sabah bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Tun Ahmad.

Soal jawatan Wan Ahmad dalam SPR tu apa pulak kaitan sehingga dia tidak boleh menyaman Mat Sabu?  Ini logik mudah yang tak payah dipanjang-panjangkan pun.  Apatah lagi bila kera terbesar dalam pakatan pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri dikenali sebagai Raja Saman Berpilih.

Agak-agak lawyer dia boleh pusing, dia saman, agak-agak lawyer dia tak boleh pusing, dia tak saman.  Video berzina dengan pelacur, sampai sekarang Anwar tak saman Datuk Eskay Abdullah, dan itu baru satu contoh.

Siapa di antara kera yang lain berani panggil Anwar samseng dan gesanya letak jawatan macam yang ditujukan kepada Wan Ahmad sekarang kerana menyaman Mat Sabu?  Oh ya, Mat Sabu pun ada saman orang lain jugak, apa Mat Sabu juga samseng?

Yang penulis tahu, anggota SPR tidak boleh menyertai parti politik sahaja, peruntukan undang-undang dibawah Akta Pilihanraya  yang menyebut Wan Ahmad tidak boleh menyaman orang yang memfitnahnya?

Selesai satu masalah.



Yang DAP ni pulak, apa liat sangat nak serah laporan  pemilihan kepada pihak RoS?  Semua parti dan pertubuhan boleh serah laporan ikut time, kena dengan DAP, macam ada keistimewaan lain.  Dan jangan lupa, inilah dia parti yang promote ketelusan dan keterbukaan, sehingga jadi dasar kerajaan negeri dimana dia memerintah.

Kononnyalah.  Dan sekarang baru kita tau, semua tu wayang saja, rupanya  DAP pun putar alam dan kong kali kong juga.  Kira undi tak sampai 2,00 perwakilan pun fail, calon kalah boleh menang, calon menang boleh kalah (konon sistem komputer salah), apa najis nak cakap pasal ketelusan?

Penulis gesa RoS ambil tindakan segera, batalkan pendaftaran parti anak beranak ini, biar depa bertanding calon Bebas.

Sekurang-kurangnya Bebas tu ada juga lambang yang boleh diguna dalam pilihanraya, banding dengan Pakatan Rakyat yang tak tahu hujung pangkal.  Tapi bila tanya kera-kera, kau sokong sapa, Pakatan Rakyat, pilihanraya nanti pangkah siapa, PAS!!!!

Bodoh, macam mana kera-kera boleh hidup dalam penipuan terang-terangan pun penulis tak faham.    Padanlah kalah memanjang.

Tapi yang paling membimbangkan penulis, semua ini berlaku ketika puak-puak ini masih belum membentuk kerajaan persekutuan.  Gamaknya kalau dah bentu (penulis sebut kalau), mau setiap undang-undang yang dirangka akan beri kelebihan kepada puak-puak ini sahaja.

Apalah rupanya negara kita pada waktu itu nanti?  Jadi, tolaklah kera-kera ini sebelum negara kita jahanam.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.