Pages

Monday, February 04, 2013

GEMPAR:TIAN CHUA "BUNUH" AHLI PARLIMEN PAS





“Saya masih hidup. Malah semakin pulih dan sihat.” kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamudden Md Taib, 62, berkata, beliau kesal dengan khabar angin yang menyebutnya sudah meninggal dunia sambil menyifatkannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Dan khabar angin tersebut telah disebarkan oleh YB Pakatan Rakyat sendiri iaitu Tian Chua, rasanya tidak patut seorang ahli politik yang mempunyai ramai pengikut di twitter atau facebook mengeluarkan kenyataan yang tidak benar. Seharusnya sebagai seorang yang berpendidikan dan berfikiran, haruslah Tian Chua sendiri memastikan kesahihan berita yang didengarinya, bukan hanya menjadi pak turut, menyebarkan khabar angin atau penipuan.

Ataupun mungkin sekali ini agenda ahli politik DAP yang mahu menolak keluar ahli-ahli PAS yang berpengaruh dari kancah politik. Mungkin mereka ini mahu menimbulkan kecelaruan dan kekacauan kepada penyokong-penyokong PAS. Mungkin sekali mereka ini memang mahukan ahli-ahli PAS yang berpengaruh seperti Datuk Taib, 'cepat jalan' agar mereka lebih mudah dapat memperkotak-katikkan Pakatan Rakyat.

Apa-apa pun MyMassa mendoakan Datuk Taib cepat sembuh sepenuhnya, dan mungkin sekali mengambil tindakan serta memohon agar YB-YB yang telah tersebar berita tidak benar ini, menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka. Kerana khabar angin tentang kematian sesorang tidak boleh diambil ringan.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.