SEJAK menang banyak 2008, 3 parti yang membentuk komponen Pakatan Rakyat hari ini sudah banyak berubah, bukan berubah ke arah yang baik, tapi berubah secara yang lebih teruk.
Lantang memaki kerajaan BN kerana kononnya tidak adil, tak tahu mengurus, selain tuduhan memanipulasi keputusan pilihanraya, banyak bukti menunjukkan bahawa merekalah yang sebenarnya tidak adil dan tidak tahu mengurus.
Setiap 3 parti masing-masing ada masalah sendiri, terutama dalam pemilihan dan pengurusan parti.
Pemilihan dalam Kongres Nasional PKR 2010, yang diwar-warkan sebagai mencipta sejarah kerana buat pertama kali ahli bebas memilih pemimpin secara terus, tidak perlukan pencalonan dari Cabang dan Ranting, berakhir dengan kelam kabut, bantahan ahli, termasuk kejadian lempar-lempar kerusi.
Kecoh.
Calon salah pimpinan, pimpinan salahkan sistem dan sebagainya. Orang PKR hari ini mungkin sudah lupa, maklumlahkan, benda yang memalukan diri sendiri macam ini memang puak-puak ini cepat-cepat nak lupakan. Tapi penulis tidak lupa.
Kok disitu sahajalah masalahnya, tapi rupanya, yang 2 lagi rakan komponen ini pun begitu juga.
DAP umpamanya, sistem pemilihan parti itu yang kurang diberi perhatian sebelum 2008, rupa-rupanya penuh dengan penipuan dan penetapan calon mengikut kehendak pemimpin atasan parti.
Bila cara itu tidak berkesan (ada calon favorite tidak menang), pemimpin DAP seperti Guan Eng buat tindakan paling tidak demokratik – ubah keputusan undian dan memenangkan calon kesayangannya, Zairil Khir Johari Bin Abdullah, yang juga Setiausaha Politik di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tidak banyak yang boleh dicakapkan tentang pemilihan PAS kerana yang paling berkuasa bukan Ahli Jawatankuasa Pusat; yang dipilih ahli PAS dalam Muktamar secara demokrasi, tapi Majlis Syura Ulama yang penentuan keahliannya hanya dibuat oleh seorang inidividu – Nik Aziz, selaku Mursyidul Am.
Walaupun begitu, masih ada kontroversinya juga. Cara PAS mengendalikan ‘pemimpin bermasalah’ dalam parti tersebut begitu ‘mempersonakan’ sekali. Mana tidaknya, ada di antara pemimpin ini yang dipecat begitu sahaja, tanpa dipanggil untuk membela diri whatsoever.
Hasan Ali contohnya, hanya kerana mengkritik Anwar, dia dipecat dari PAS tanpa ada ruang langsung untuk membela diri. Nasharudin pun begitu juga, kerana melawat Gaza (bukan Israel), selain mempertahankan kalimah Allah dari digunakan oleh pihak Kristian, turut dipecat begitu sahaja sebagai Ahli Majlis Syura.
Rakyat perlu memikir kembali rancangan untuk meletakkan puak-puak ini di kedudukan tertinggi dalam negara. Nak urus pertubuhan sendiri pun tidak mampu, nak urus negara macam mana? Pilihanraya parti sendiri pun banyak berlubang sana sini, macam mana puak-puak ini boleh jamin pilihanraya negara juga akan bersih?
Ada perumpamaan mengatakan orang yng banyak cakap pasal rasuah,kotor,tipu dll, orang itu lah yang lebih banyak melakukannya. Buktinya memang banyak sekali...Aljubri wajib taubat...
ReplyDelete