Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah bersuara bahawa bukan duit rakyat yang digunakan untuk bawa penyanyi terkenal Korea Psy ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Pihak pengurusan Psy sendiri buat kenyataan bahawa mereka tidak dibayar langsung oleh kerajaan Malaysia.
Jadi soalnya siapa yang bayar?
Persoalan siapa yang bayar tersebut terlerai hari ini selepas Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow dalam sidang media tadi beritahu kedatangan penyanyi tersebut ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian yang tidak mahu namanya dikenali.
Menurutnya, beliau membawa penyanyi yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style itu ke Pulau Pinang adalah untuk menunaikan janjinya kepada rakyat negeri tersebut.
"Apa yang saya lakukan adalah untuk memberitahu rakyat Pulau Pinang apa yang saya janji saya akan tunaikan,"katanya.
Jelas Teng, beliau sebenarnya diberi pilihan untuk membawa samada Justin Bieber atau Psy ke Pulau Pinang.
"Saya lebih mengenali Psy, dan saya putuskan untuk bawa dia ke sini,"
Tambah beliau lagi, jika rakyat Pulau Mutiara itu yakin dengan kepimpinannya, tahun depan beliau akan bawa 'superstar' lain ke negeri tersebut dan tidak semestinya ketika Tahun Baru Cina.
Kata Teng, beliau mempunyai kawan yang terlibat dengan industri (hiburan) ini dan mencadangkan untuk bawa Psy dan kehadirannya ditaja sepenuhnya oleh penaja persendirian.
"Ia merupakan tajaan persendirian dan dan tidak mahu dikenali kerana takut jadi 'mangsa' jika identitinya didedahkan,"katanya.
Sementara itu Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan ringkas Khamis mengesahkan menerima maklumat mengenai ancaman keselamatan terhadap Psy semasa kedatangannya ke negeri ini, Isnin lepas.
Katanya selepas menerima maklumat tersebut, polis telah mengambil langkah keselamatan dan memberi kawalan ketat kepada semua pergerakan Psy semasa beliau berada di negeri ini.
"Kawalan ketat dan nasihat keselamatan juga diberikan sewaktu Psy mengadakan persembahan di Kolej Han Chiang pada Isnin lepas. Pada 12 Feb pukul 2.00 pagi polis telah mengatur kepulangan Psy tanpa diketahui umum," katanya.
Abdul Rahim mengulas mengenai kenyataan Teng yang mendakwa terdapat cubaan mengancam keselamatan nyawa Psy yang menjadi penyebab beliau enggan menyertai pemimpin BN dalam acara menggaul 'yee sang' pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.
Teng berkata perkara itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu 'Oppa Gangnam Style' itu enggan bersama Perdana Menteri untuk menggaul 'yee sang' pada acara berkenaan.14/2/2013
Kenyataan Pengurusan Psy :Persembahan penyanyi Oppa Gangnam Style itu bukan dibayar Kerajaan Malaysia
KEMASKINI : Scooter Braun Projects, syarikat pengurusan bintang popular Korea Selatan Psy, yang dikenali dunia dengan lagunya 'Gangnam Style', pada Rabu menyatakan bahawa mereka tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan penyanyi itu di Pulau Pinang Isnin lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini, pengurusan itu menegaskan bahawa berita dan artikel yang tersebar dalam Internet, yang mendakwa sebaliknya, adalah anggapan semata-mata dan ternyata tidak benar.
"Scooter Braun Projects ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diminta atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan artis itu di Pulau Pinang, Malaysia baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
Pengurusan itu turut menafikan dakwaan di beberapa blog kononnya kerajaan Malaysia menaja persembahan artis itu pada Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, Isnin lepas.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa persembahan Psy di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia itu tidak melibatkan wang rakyat.
Beliau juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis yang turut mempopularkan gaya tarian lagunya itu.
Persembahan Psy ialah kemuncak majlis yang dihadiri ribuan orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang, di Han Chiang College.-13/2/2013
Persembahan Psy tidak libatkan wang rakyat - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persembahan megastar dari Korea Selatan, PSY, pada majlis rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina tidak melibatkan wang rakyat.
Perdana menteri juga berkata orang ramai tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menonton persembahan artis itu yang popular dengan lagu hit 'Gangnam Style'.
"Sekadar untuk mengulangi, persembahan PSY langsung tidak melibatkan wang rakyat. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menonton," kata beliau menerusi mesej Twitter, Selasa.
Persembahan PSY adalah antara kemuncak majlis yang dihadiri lebih 80,000 orang anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town.--AD
Hal2 macam ni pembangkang memang terror, hinggkan PM kena buat kenyataan sendiri bukan kerajaan bayar PSY. BN kena belajarlah sikit dgn puak2 pembangkang ni macam mana nak buat heboh, menjaja isu seluruh msia, hotnews dll. Isu2 macam ni manusia mudah percaya. Kita tengok Video cina DAP 'Are u Ready for BN'..begitu cepat sekali keluar di merata2 internet. Isu balak di Kelantan, ladang rakyat, kalimah Allah, baru2 ni video Anwar jatuh,ahli PAS & PR join BN mesti di sensasikan kepada seluruh msia, sudah tentu bukan berita fitnah, tapi fakta. Supporters BN alert & wakeup counter back secepat kilat...
ReplyDeleteSalam saudara. Blog saudara sudah saya link kan di blog saya. Mohon kerjasama saudara untuk linkkan juga blog saya di www.perigikosong.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih saudara :)