Pages

Tuesday, October 09, 2012

PELAKU SEKS ITU HAMPIR JADI MENTERI BESAR SELANGOR



Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan, kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.

Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi ‘jual beli aiskrim’ di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.

Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.

Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar.

Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri.

Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.

Ini bermakna, dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.

Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor, disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan.

Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.

Kasihan Khalid, belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir, orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya.

Apa paun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya.

Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor, walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.

Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.

Jika itu terjadi, maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli ‘aiskrim’ dalam tandas. Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya?

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.