Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan melibatkan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ke arah orang awam pada satu ceramah di Jasin dekat sini September lalu telah siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini.
"Kertas siasatan berhubung insiden tersebut telah lengkap dan kita akan hantar kepada pejabat AG untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan darjah, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.Ismail menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.
Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan - UM
No comments:
Post a Comment
Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.