Pages

Monday, October 08, 2012

MARI LIHAT WAJAH YANG LEBIH JELAS PELAKU SEKS DALAM TANDAS



Belum pun wisel PRU 13 ditiupkan secara rasmi, kem-kem pihak berkepentingan dalam PR sudah bertelagah sesama sendiri berhubung perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sekarang ini sedang disandang Khalid Ibrahim.

Semuanya gara-gara kenyataan Timbalan Presiden PKR yang menyatakan Selangor akan mendapat MB baru selepas PRU 13 serta turut mengesahkan perkara tersebut sedang dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Kenyataan Azmin Ali itu kemudian menjadi kontroversi memaksanya membuat 'pembetulan' terutama sekali selepas Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali menegurnya kerana bimbang kenyataan Timbalan Presiden PKR itu akan mengelirukan penyokong pakatan pembangkang.

Namun demikian, dikalangan rakyat Selangor tak ada yang keliru pun kerana umum mengetahui Azmin telah agak lama mengidam dan begitu kemaruk sekali untuk mengambil alih jawatan tersebut. Kontroversi kali ini hanyalah lanjutan dari beberapa konflik dalaman yang pernah tercetus sebelum ini.

Melihat pada rekod dan sejarah Azmin dalam membelasah musuhnya dalam PKR dan PR hingga lunyai, tidak sukar untuk kita jangkakan Khalid juga akan mengulangi nasib yang sama sebagaimana pernah di alami Zaib Ibrahim dan Hasan Ali.

Zaid yang diawal kemasukannya dalam PKR disambut meriah bagai pahlawan akhirnya terpelanting keluar selepas dilihat berpotensi mencabar populariti dan kewibawaan Azmin dalam PKR.

Hasan pula disepak terajang oleh PAS selepas Azmin memberi kata dua kepada pemimpin PAS supaya mengambil tindakan keras berikutan kenyataan Hasan yang menolak demonstrasi 901 pada Januari lepas.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.