Pages

Wednesday, October 17, 2012

GEMPAR:MENTERI BESAR SELANGOR MASUK HOSPITAL AKIBAT KENCING TAK LAWAS!!!???


91bbTawas01
SEBAIK mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008, PKR mewujudkan pelbagai program dan dana untuk membantu rakyat Selangor – selaras dengan janji manifesto 2008nya.

Antara yang dilaksanakan dulu ialah penubuhan Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang katanya menyediakan tabung pendidikan dengan permulaan sebanyak RM 100 untuk setiap anak Selangor yang lahir bermula dari tarikh mereka memerintah pada 2008.

Sebelum ditubuhkan TAWAS, ditubuhkan dulu Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai pengendali TAWAS dan selepas itu ditubuhkan Permodalan Warisan Anak Selangor (PAWAS) sebagai penerima faedah daripada program ini.

Jadi di atas kertas, nampak macam ‘real’ sangatlah program ini, nama programnya TAWAS, pengendalinya YAWAS, penerimanya PAWAS, pendek kata Was Was semua. Tambah pulak lagi dananya berjuta-juta ringgit.

Tidak hairanlah sekarang kenapa rakyat Selangor juga sudah mula WAS WAS, program ini katanya buka tabung pendidikan oleh kerajaan Selangor untuk anak kelahiran Selangor bernilai RM 100, tapi duitnya mana?  Ada kata buka akaun di Bank Rakyat, ada kata buka di AmBank, mana satu betul?

Persoalan seterusnya cukupkah wang RM 100 yang didahulukan oleh kerajaan Selangor sekarang, membiayai pendidikan budak-budak bila masa sampainya kelak?  Itu soalan kemudianlah, yang penting nak tengok duitnya dulu, akaun apa dan dimana.

Kita juga jangan sesekali lupa, dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat sedang mewar-warkan pendidikan percuma semua peringkat.  Justeru nak buat apa dengan dana pendidikan lagi?

Pendek kata, banyaklah yang bercanggah, baru bercakap tentang satu perkara ini sahaja.

Kalau nak diikutkan ruang, berpuluh lagi janji ‘tertonggeng’ Manifesto 2008 yang kita boleh jadikan isu disini.  Baru Selangor, belum Kedah, belum Pulau Pinang.

Kelantan?  Itu tak payah sebut.  Yang sengsara orang dalam, yang buat keputusan mengekalkan PAS berpuluh tahun di Kelantan, orang dari luar tapi balik sekali-sekali.  Lagipun PAS Kelantan buat janji yang semuanya tak boleh nak diukur dengan apa neraca pun dalam dunia, rohaniah, insaniyah dan apa yang nyah, nyah lagi – nak timbang macam mana tu dah laksana ke belum?

Nasib baik bukan Mak Nyah.

Kita jangan peliklah kalau masih ada orang yang percaya dengan pembohongan terbesar ini yang dibuat secara terang terangan.  Tengok kes Anwar dan 16 Sept dululah, pelik juga masih ada percaya sampai sekarang.

Inilah dia kalau dah mentaliti pembangkang tu, macam itulah, dia lebih percaya yang bohong dari yang nyata.

Tidak hairan kenapa ajaran sesat dan skim cepat kaya senang cari makan di Malaysia walaupun dah macam-macam kempen dibuat, dah memang mentaliti sebilangan kita, semua nak mudah, kaya nak mudah, masuk syurga nak mudah.

Penyudahnya kena kelentong.

1 comment:

  1. akhirnya MB selangor & PKR jadi MAWAS
    keh..keh..keh..

    TAWAS---bahan menjernihkan air
    Mawas ---- binatang seakan orang utan
    PAWAS ---- PKR jadi Pawang kot...

    PKR ni parti lawak

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.