Pages

Friday, October 19, 2012

ANAK CINA TERBITKAN VIDEO LUCAH: ADAKAH UNTUK KUMPUL DANA BAGI DAP???

Sebelum ini, berita mengenai blog seks Sumptuous Erotica hanya memberi tumpuan kepada Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia yang mendapat biasiswa Asean untuk belajar di Universiti Nanyang Singapura (NUS), kini kekasihnya Vivian Lee muncul untuk mempertahankan tindakan memasukkan gambar dan video lucah ke blog tersebut. 

Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman Gutter Uncensored.

Lee berasal dari Johor, merupakan graduan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Saya tidak melihat menjadi satu kesalahan memasukkan gambar dan video aksi seks kami ke internet. Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia tentang kehebatan cinta kami. Saya tidak faham mengapa orang mahu memperbesarkan perkara ini. Ini urusan peribadi kami," kata beliau dipetik dari The Star Online.

Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut di pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.

Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.

"Pada kami, gambar di blog adalah kerja seni. Kami adalah orang yang berfikiran terbuka dan mahu kongsikan ini kepada dunia.

"Kami mahu mereka melihat betapa cantiknya ia," katanya.

Tiga video dikongsi di blog Sumptuous Erotica termasuk apa yang diterangkan sebagai "video lucah pertama" mereka.

Menurut pasangan tersebut, video enam minit itu telah "dirakam dan disunting dalam masa sejam dan ditulis berdasarkan tema menarik."

Lee tidak faham mengapa apabila orang-orang Barat melakukan perkara sebegini, ia tidak dilihat sebagai satu kesalahan.

"Orang Asia tidak seharusnya berfikiran konservatif dan perlu terbuka tentang kehidupan seks mereka," katanya lagi.

Video pertama menggambarkan pasangan dalam situasi fantasi rogol, di mana Lee "diserang" di atas katilnya oleh penceroboh.

Satu lagi video yang diambil dari perspektif Tan, menunjukkan Lee melakukan seks oral ke atas pasangannya.

Video ketiga adalah pandangan orang ketiga selama lapan minit melihat pasangan tersebut melakukan "seks panas di Kuala Lumpur."

"Sumptuous Erotica" juga menyiarkan beberapa soalan daripada pembaca mereka yang kebanyakkannya bertanya kepada Lee.

Apabila pembaca bertanya apa sebab mereka menerbitkan blog, pasangan itu menjawab, "Kerana kami percaya bahawa tiada apa-apa yang pada asasnya salah dengan seks."

Lee dan Tan mendakwa mereka telah dirapati oleh syarikat-syarikat di Singapura untuk menyokong alat permainan seks dan pakaian dalam selepas episod tersebut.

"Ia dilakukan untuk tujuan komersil. Ia adalah untuk hiburan dan cinta.

"Apabila kami mulakan blog tersebut pada September, kami mempunyai jumlah pengikut yang kecil, kebanyakkannya orang-orang Barat.

"Akan tetapi selepas tiga minggu selepas lebih banyak video dan gambar dimasukkan, lebih ramai pengguna internet Singapura dan Malaysia mula tahu.

"Kurang dua hari blog tersebut jadi lebih dikenali selepas media Singapura mendedahkannya," katanya lagi dipetik dari The Star Online.

 Walau bagaimanapun, jurucakap NUS telah mengesahkan semalam bahawa Tan akan disiasat oleh Lembaga Disiplin universiti (BOD).

Lee turut dimarahi oleh keluarganya sehingga menyebabkan blog tersebut terpaksa ditutup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.