Pages

Wednesday, September 19, 2012

KERJASAMA PAS – DAP LEBIH HARAM DARI SUMBANG MAHRAM


Status hubungan Pas-DAP masih menjadi tanda tanya banyak pihak setelah Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini memutuskan bahawa mantan Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang terlibat dalam konflik dengan Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP berhubung tuduhan anti Islam dan anti hudud, kekal sebagai ahli Pas.

Kenapa kita kata tanda tanya? Sebab sekarang kita tahu bahawa DAP adalah parti anti Islam seperti yang disebutkan Nasha dan diperakui sendiri oleh Majlis Syura Ulama, tapi aneh Pas masih meneruskan kerjasama dengan parti berlambangkan roket tersebut.

Majlis Syura Ulama tau – yang paling tinggi dalam organisasi Pas, bukan lajnah-lajnah biasa yang macam haram jadah ni.

Secara tidak langsung Pas sekarang secara rasmi mengakui bahawa DAP memang anti Islam, anti hudud dan segala macam anti yang menjadi teras perjuangan parti berlambangkan bulan tersebut. Dah kalau Majlis Syura sendiri yang cakap, takkan nak nafi lagi?

Penulis dan ramai ahli UMNO sebenarnya sudah lama ‘kagum’ dengan pemimpin dan balaci Pas yang boleh buat selamba dalam hal kerjasama dengan DAP walaupun secara jelas dan terang parti itu tolak Islam dan hudud – alasan sama yang diberikan Pas kenapa orang Islam perlu menolak UMNO.

Setiap kali percanggahan tersebut dibangkitkan, Pas pasti ada alasan yang lebih kepada menunjukkan kebodohan daripada menjelaskan kewajaran kerjasama tersebut.

Tapi berapa lama sangat keselambaan itu boleh bertahan? Ibarat orang terkincit dalam seluarlah, lama-lama busuknya terbau juga kalau tak dibersihkan dengan segera.

Sebetulnya UMNO halangan Pas untuk berkuasa sebagai kerajaan di negara ini.

Oleh yang demikian, macam mana sekalipun UMNO mesti ditentang walaupun pada setiap masa kelihatan alasan Pas menolak UMNO semakin hari semakin bercanggah antara satu sama lain.

Itu saja alasan, mana ada lain – kuasa, kuasa dan kuasa. Mana ada cerita akhirat, cerita pahala, cerita dosa, bohong saja semua tu.

Rakyat Malaysia dah tak sabar nak tengok kepura-puraan 2 parti politik berlainan idealogi ini akan bertahan sampai mana dan sampai bila. Rasanya setelah Anwar masuk ke dalam nanti, semuanya akan berakhir, silap-silap Pas merangkak minta nyawa nak kerjasama dengan UMNO.

Tak percaya? Sama-sama tunggu.

mykmu.net

1 comment:

  1. Haram kerana kerjasama itu boleh memecahkan perpaduan melayu dan Islam, boleh menyebabkan hilangnya kuasa politik orang melayu dan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Insaflah.

    ReplyDelete

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.