Pages

Sunday, September 02, 2012

GEMPAR: SEORANG DATUK DITANGKAP KHALWAT DENGAN JANDA DI SELANGOR!!!


Seorang lelaki berusia 54 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun antara lapan pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, Biro Amal Maaruf Nahi Mungkar Masjid Al-Muhtadin di sebuah hotel bajet di Petaling Jaya, Selangor, awal pagi semalam.

Hasil soal siasat mendapati, lelaki yang sudah mempunyai tiga cucu itu menyewa bilik dengan alasan mahu bertemu dengan kekasihnya yang merupakan seorang janda.

Manakala sepasang kekasih berusia 22 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) tidak mahu membuka pintu dan mempertikaikan tindakan pegawai masjid namun akur selepas penerangan diberikan.

Seorang lagi pasangan ditahan berusia 40 dan 31 berasal dari Kedah yang ditahan mengaku sudah bertunang dan bakal melangsung perkahwinan akhir bulan ini merayu minta dilepaskan kerana takut dan malu apabila perbuatan sumbang mereka diketahui.

Kesemua pasangan berusia 20 hingga 50 tahun dibawa ke masjid dengan menaiki van jenazah sebelum ke semua diberikan kaunseling oleh imam masjid.

Timbalan Nazir Masjid Al-Muhtadin, Nasir Hassan berkata, operasi tersebut dilakukan bagi membanteras gejala maksiat di kawasan perumahan itu.

“Hotel-hotel bajet di sini memang sentiasa dipantau kariah di sini berikutan ia sering menjadi tumpuan pasangan kekasih melakukan perkara tidak elok,” katanya.

Susulan itu, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung tangkapan yang dilakukan. --SUMBER

No comments:

Post a Comment

Anda semua dialu-alaukan meninggalkan pandangan dan komentar di blog ini. Setiap satu darinya adalah tanggungjawab anda dan kami tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang akan diambil jika komentar tersebut menyalahi undang-undang.